Pages

Thursday, March 17, 2011

Rojak Buah Campur


Assalamualaikum dan selamat tengahari kawan2 alam maya...dah seminggu lebih tak update blog...busy memanjang..hari ni Fie nak kongsikan rojak buah...Buah betik ni tanam sendiri tau, seronok dah dapat hasil..Fie tanam pokok betik di belakang rumah...2 pokok tanam...1 pokok berbuah bulat, 1 pokok lagi buahnya panjang..

         Buah betik  (tanam sendiri) nampak mcm dah masak tapi masih keras dan jambu batu ( beli di kedai )





                                                     

Bahan2 kuah rojak:

  • 20 biji Cili padi ( kalau taknak pedas kurangkan le )
  • 2 sudu kecil belacan (dibakar )
  • 1 cawan  kecil kicap ( manis )
  • 1 cawan kecil kacang yang telah digoreng tanpa minyak dan ditumbuk
  • sedikit gula putih
  • 1 cawan  kecil gula Merah @ gula Melaka ( 1 ketul  )
  • sedikit garam mengikut citarasa
  • 2  ulas bawang putih ( dibakar sekali dengan kulit, kemudian basuh dan tumbuk )
Cara membuatnya :

Tumbuk cili padi biar lumat,
kemudian masukkan bawang bakar...ditumbuk lagi
masukkan belacan bakar....ditumbuk lagi...
selepas tu masukkan bahan yg ditumbuk ke dalam periuk bersama kicap, gula putih, gula merah dan sedikit  air,  akhir sekali masukkan sedikit garam dan kacang yg telah digoreng dan ditumbuk.
Kacau dan biarkan mendidih, bila dah agak pekat bolehlah ditutup api gas.
Bila kuah rojak dak sejuk, boleh le digaulkan bersama buah-buahan segar seperti jambu, betik hijau, belimbing, mangga dan sebagainya lagi..

Selamat mencuba..
                                                   Rezeki dari ALLAH..
                                Betik buah bulat -pokoknya renek...dapat ambil dengan tangan je..



                               Betik buah panjang...yg ni pokoknya tinggi...kalau nak ambik susah cikit...

10 comments:

  1. petang2 pekena rojak buah mmg syok.. amboi byknya buah betik dia.. itulah hasil berbudi pada tanah kan fie..

    ReplyDelete
  2. sungguh menyelerakan...rojak buah ni..

    ReplyDelete
  3. Rojak buah...emmm mmg best! taruk kacang kat atas tu bnyk2...kenyang mkn rojak xyah mkn nasi dah kan! Bnyk nye buah betik, kalau x abis mkn anto je kat umah akak... :)

    ReplyDelete
  4. wahhh...pestime lah sy tengok resepi rojak bubuh betik..tak pernah rase lagikkk..memang patut trylah nie..mesti sedapkan alangkah makan betik cicah kuah rojak pon sedap,,,huhhh..

    ReplyDelete
  5. To Hanis..
    Sedap jugak pekena petang2 Hanis..

    ReplyDelete
  6. To ady...
    thanks ziarah kat sini...

    ReplyDelete
  7. To Kak Azlina...
    Betul tu kak, letak kacang byk2 memang bestkan...datang rumah kak kalau nak buah betik..he he he..nanti akak boleh makan puas2...

    ReplyDelete
  8. To Che NamNam..
    Kiranya rojak buah le ni..ha ha ha..thanks sudi singgah sini Che NamNam..nanti cuba le...

    ReplyDelete
  9. To " me "...
    thanks datang sini..

    ReplyDelete