Pages

Tuesday, January 11, 2011

Siput Sedut @ Belitung masak lemak


Assalamualaikum &  selamat petang kawan2 alam maya..hari ini saya ingin berkongsi masakan ala2 kampung.....ni adalah masakan hujung minggu hari Ahad. Saya beli kat pasar pagi Shah Alam coz dah lama tak makan siput ni..Siput ni hidup kat paya bakau biasanya @ kat kuala...kalau nak beli yg dah masak kat kedai kurang berselera coz tak tahu cuci bersih ke...dia orang basuh......hari ni baru sempat nak masukkan coz banyak benda perlu dibereskan...tak sempat le...
 
Bahan2nya :

1 kg siput sedut - potong belakangnya dan bersihkan banyak kali ( selepas potong belakang rendam dlm air basuhan beras untuk membuang segala kekotoran ) rm5 - 1 kilo sy beli...
1 biji kelapa mesin ( ambil santan biar pekat )
1 ikat daun kesum
1 ikat daun kadok
3 tangkai cili api   * ( ikut citarasa )
4 ulas bawang merah *
2 inci kunyit hidup *
1 inci lengkuas  *
1 inci halia*
1 keping  asam gelugor
1 sudu besar cili giling
1 biji cili merah besar ( dipotong )
sedikit gula &  garam mengikut citarasa

Cara memasak:

Semua bahan bertanda * dikisar dengan blender atau ditumbuk.
Ambil periuk dan masukkan santan, 
masukkan bahan kisar tadi, 
kacau dan letakkan di atas api yg sederhana...
kacau kuah tadi agar tidak berketul..
bila dah mendidih masukkan siput sedut tadi ke dalam periuk,
kacau lagi....selepas itu masukkan garam, gula, asam gelugor, cili giling & cili merah, kacau dan rasa kuahnya, 
lepas tu masukkan daun kesum dan daun kadok...
kacau seketika biar mendidih...bila dah rasa masak boleh le diangkat dan dihidangkan bersama nasi putih...

Selamat mencuba....
Sekadar ingin berkongsi resepi...memang suka sangat coz daun kesum & daun kadok sungguh beraroma baunya...membangkitkan selera...

12 comments:

  1. Salam Adiweyah...akk n anak2 semua suka siput sedut ni..kalo lama sikit tak masak mesti ada yg minta..sedapkan lemak2

    ReplyDelete
  2. ala sedapnya.. dah lama tak makan.. masak siput ni pula mmg tak pernah.. he..he..

    ReplyDelete
  3. salam...
    aduihhhh....siput feberettt...mr.mama tu....
    dah lama x makan nie....kt sabah susah nak cari...

    ReplyDelete
  4. Salam Adiweyah...

    Sedapnya Masak Lemak Siput...Kak Lin Suka Masak Pedas2 Bila Makan Berasap Telinga!

    ReplyDelete
  5. Salam singgah tengok siput sedut...kalau famili akak 1kg mmg x cukup sbb semua antu siput...sroot2 bunyi sedut siput!

    ReplyDelete
  6. to Kak Rosaliza..
    Kami sekeluarga memang suka sangat siput sedut ni...coz makan jarang2 tu yg membuatkan best sgt.

    ReplyDelete
  7. to Hanis...
    cuba lah Hanis masak siput sedut ni...kalau yg beli tak confident nak makan takut tersedut lumpur..

    ReplyDelete
  8. to Mr.Mama..
    Mr.Mama suka ye..jom jln2 kat k.lumpur n selangor memang byk jual kat pasar pagi n kedai runcit.tapi kat pantai timur susah nak dapat jugak..siput sawah ada le...best jugak siput sawah..

    ReplyDelete
  9. to Kak Lin
    thanks jalan2 kat sini...memang Kak Lin kalau letak cili padi byk2 memang best tapi takut terbatuk kepedasan...

    ReplyDelete
  10. to Kak Azlina..
    Bestkan makan ramai2, macam2 bunyi kedengaran....tapi kalau kat kedai segan nak scurppp 2x..

    ReplyDelete
  11. sedapnya... resepi awak lain betul drp resepi saya..hehe boleh cuba ni... ;)

    ReplyDelete
  12. Thanks Nizaineese sudi dtg sini...cuba le resepi ni...

    ReplyDelete