Pages

Monday, January 17, 2011

Sardin masak tumis



Assalamualaikum dan selamat petang kawan2 alam maya. Moga ceria2 selalu....petang ni Fie masak ringkas je iaitu Sardin masak tumis...ha ha kat rumah memang ada stok sardin...kalau sibuk sangat...boleh le masak sardin...senang dan cepat..makan dengan nasi panas bersama ulam-ulaman memang best sangat..sardin ni kalau ditumis semula memang best..

Bahan2 :

1 tin sardin saiz kecil ( biasa guna chap ayam brand coz ikan sardin betul )
2 ulas bawang putih ( diketuk2 )
1 sudu cili giling
1 labu bawang besar yg sederhana ( dihiris )
sedikit garam
1 keping asam gelugor
1 biji cili merah ( dipotong )
4 sudu sos cili Thai Maggi
sedikit air
sedikit minyak untuk menumis
untuk tambahan kalau suka sayur masukkan je
( sy letak sayur carrot n jagung muda -dipotong )

Cara membuatnya:

Tumis bawang putih yg diketuk2, 
masukkan cili giling  kacau biar garing.
Selepas itu masukkan ikan sardin, 
sos cili Thai, sedikit garam,  asam gelugor, cili merah, bawang besar dan sedikit air. Masukkan sayur kalau suka.
Bila dah nampak kuah nak kering, boleh le tutup dan dihidangkan.
Itu je caranya....selamat mencuba...
alahai masak sardin je...janji perut kenyang.

coz ramai lagi kat luar sana tak dapat makan, makan nasi dengan garam je, makan nasi dengan kicap je, kadang2 tu tak jumpa nasi pun kerana tak ada duit nak beli beras...sedihkan..kita yg hidup ni mesti bersyukur apa yang ada...semua tu ujian dari Allah..kena usaha dan tawakkal..sesi muhasabah diri sendiri.

ok wassalam.












                         

8 comments:

  1. sedap juga lama x mkn sardin ni...:)

    ReplyDelete
  2. Akak ada tag awak, datanglah kat blog akak....

    ReplyDelete
  3. stok sardin mmg selalu kena ada dalam kabinet dapur.. klu malas2 dan nak masak yg ringkas2 mmg inilah pilihannya.. sedap pulak tu..

    ReplyDelete
  4. Salam Adiweyah...

    Lama x makan sardin....anak2 x suka sardin...Kak Lin kalau dapat makan sardin ni x nampak telinga...hehehehe

    ReplyDelete
  5. to Nieza : Thanks datang sini..masak sardin kerna nak cepat makan dan time busy..suami tak berapa suka makan kat luar..biarpun masakan simple janji..kenyang perut..

    ReplyDelete
  6. to Akak : Antan Bertingkah. Thanks tag sy..nanti sy datang ke blog akak ya..

    ReplyDelete
  7. to Hanis..
    betul tu Hanis...stok tu simpanan jika tak sempat nak masak yg lain..ringkas dan cepat untuk dimakan..

    ReplyDelete
  8. to Kak LinRosly...
    Sardin memang best sangat di makan dengan nasi panas2..

    ReplyDelete