Pages

Sunday, January 9, 2011

Mee Goreng Basah



Assalamualaikum dan selamat pagi...moga pembaca alam maya ceria2 hari ni coz hari ni cuti hujung minggu kan..Hari ini Fie ingin berkongsi tentang masakan mee goreng basah...

                                            Bahan2nya:

         1 bungkus mee kuning ( disiram dengan air panas )
3 ulas bawang putih ( diketuk2 )
2 biji cili padi ( dihiris )
sedikit sayur hijau
5 ekor udang
2 sudu cili giling
sedikit  sos cili
sedikit kicap
1 biji telur
sedikit garam
secubit gula
sedikit lada  sulah mesin
sedikit minyak untuk menumis

Cara membuatnya:

Panaskan minyak sedikit, tumis bawang putih, bila dah naik bau masukkan cili giling, kacau biar sedikit garing, masukkan udang, telur dan kacau. Kemudian masukkan mee kuning dan kacau.

Selepas itu, masukkan kicap, sos cili, sedikit lada sulah mesin, sedikit garam, secubit gula dan rasalah..kacau lagi biar sebati...Last sekali masukkan sayur..kacau, masukkan sedikit air..biar nampak basah...kacau seketika dan angkat.


Sekadar ingin berkongsi..

Selamat mencuba...ok bye...nak ke pasar pagi Shah Alam dekat stadium...pasar pagi yg terbesar di Shah Alam....macam2 ada, makanan semua negeri, sayur-mayur, lauk -pauk, barangan dapur, pakaian, barangan secondhand, barangan pelik2 dan serba mak nenek lagi....sambil boleh melakukan senaman kaki...

Wassalam.






























6 comments:

  1. Salam Ziarah Di Pagi Minggu...

    Sedap Mee Goreng Basah....Lg Kalau Makan Panas2

    ReplyDelete
  2. Salam kembali, thanks kak lin ziarah sini..memang suka sangat lepas masak terus makan masa tengah panas2..

    ReplyDelete
  3. Memang suka masak mee atau meehoon goreng basah, tambah2 letak udang besau, sedap nye tu!

    ReplyDelete
  4. mee goreng basah mmg favourite.. klu hari cuti mmg inilah menunya sbb senang, cepat dan sedap..

    ReplyDelete
  5. Ya betul p3chandan : bila dah tambah udang memang suka sangat...

    ReplyDelete
  6. memang betul la Hanis, kdg masa memasak kita inginkan cepat dimasak dan menu yg ringkas..janji kenyang perut..memasak memang seronok tapi nak mengemas dapur tu penat cikit le...

    ReplyDelete