Pages

Monday, January 24, 2011

Kuih Talam Bunga Telang


 Assalamualaikum dan selamat malam..Malam ni Fie nak kongsi berkaitan kuih Talam...dah lama nak buat kuih ni..ni baru dapat buat..pertama kali buat kuih ni...tak berapa cantik la....Fie dapat resepi kuih Talam dari blog Kak Yatie memories, kalau nak tahu lebih lanjut boleh lah klik kat sini  http://yatiememories.blogspot.com
Minta izin copy ya akak bahan2 yg akak punye..terima kasih..

Bahan Utk Lapisan Bawah
  • 1 cawan tepung beras
  • 1 s/b tepung jagung
  • 1/2 cawan gula (saya tambah 2 sb lagi)
  • 2 cawan santan cair + sikit garam
  • 1 cawan jus pandan + pewarna hijau  ( Fie guna air bunga Telang  coz byk kat rumah, atau lebih dikenali dengan bunga nasi kerabu biru )
  • 1 sb air kapur
Cara Masak L.Bawah
  1. Panaskan kukusan dan sapukan minyak pada loyang 8 inci dan kukus sebentar.
  2. Masukkan semua bahan lapisan bawah ke dlm mangkuk dan kacau rata. Tapiskan.
  3. Masak adunan sebentar sehingga naik wap dlm 10 minit dan kacau sentiasa.
  4. Tuangkan kedalam loyang dan kukuskan sehingga masak anggaran selama 20 minit.
  5. = sementara itu, bolehlah sediakan bahan lapisan atas pula.
Bahan Utk Lapisan Atas
  • 1/2 cawan tepung beras
  • 4 sudu besar tpng jagung
  • 3 cawan santan sederhana pekat
  • 1 s/k garam
Cara Masak Lapisan Atas
  1. Gaulkan semua bahan lapisan atas dan tapiskan.
  2. Masakkan sekejap adunan ni diatas api yg perlahan. Sentiasa kacau supaya adunan ni tidak berketul2 (dlm 10 minit)
  3. Bila adunan lapisan bawah telah masak, cakarkan sikit dgn garfu dan tuangkan adunan lapisan atas ke atas lapisan bawah tadi.
  4. ( sekiranya ada sedikit air atas lapisan tu, bolehlah lapkan sedikit guna kertas tisu dan cakarkan)
  5. Kukus lagi selama 20 minit. Setelah siap, angkat dan sejukkan.
  6. Sejukkan betul2 sebelum potong dan hidangkan.( potong guna pisau plastik/pisau kek)

Selamat mencuba.. thanks kak Yatie..sudi kongsi resepi...


























6 comments:

  1. Assalamualaikum Adiweyah....
    Cantiknya Kuih Talam Tu...Pasti Sedap Rasanya....

    ReplyDelete
  2. warnanya menarik.. mcm mana yer rupa bunga telang tu? pernah dengar tapi tak pernah tgk..

    ReplyDelete
  3. Thanks Mr. Mama singgah sini..tak de lah biasa je...tak berapa menjadi...

    ReplyDelete
  4. Thanks kak Lin jejalan kat sini..tak comel lah kak...kak Yatie memories lg cantik kuih talamnya..sy first time buat...

    ReplyDelete
  5. Thanks Hanis singgah sini..sy dah masukkan bunga telang tu..nanti tengok ya..

    ReplyDelete