Pages

Friday, January 21, 2011

Kari Ayam Kampung


Assalamualaikum dan selamat malam..malam ni Fie rasa tenang kerana kerja dah banyak beres...cuma ada cikit lagi yg tak beres.nak kongsi tentang masakan ayam iaitu kari ayam kampung..masakan yang biasa je..ha..ha walaupun biasa tetap nak masukkan kat sini...kerana  blog ni koleksi masakan Fie..
Harapan Fie semoga kawan2 alam maya sihat2 selalu ya...kalau ada yg tak sihat tu cepat2 le dapatkan rawatan ya...coz kadang2 dugaan datang dgn bermacam2 cara...hanya diri kita yg kena tanggungkan...kesihatan adalah mutiara kehidupan...kalau tak sihat, family kita juga yg  susah...takecare kesihatan ya...ok...berbalik pada masakan ni.
                                
       Bahan2nya :

1/2 kg ayam kampung
1/2 kg santan pekat
1 paket kecil rempah kari Adabi
(campur sedikit air hingga menjadi pes)
  3 ulas bawang merah*
4 ulas bawang putih *
1 inci halia *
1 sudu cili giling
1 batang kayu manis
2 biji bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
  3 biji buah pelaga
  1 biji kentang (potong 4)
1 inci gula Melaka
sedikit gula
sedikit garam
2 sudu air asam jawa cair
1 keping asam gelugor
1 senduk kecil minyak masak untuk menumis


Cara memasak 

- Bahan bertanda * perlu diblenderkan
- Panaskan minyak dan tumis bawang putih, bawang merah, halia biar sedikit garing.
- Masukkan rempah kasar iaitu kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih dan pelaga. Kemudian masukkan rempah pes kari. Tumis hingga pecah minyak.
-Kemudian masukkan ayam dan ubi kentang.  Masak dengan api sederhana agar ayam tidak liat. Tutup seketika dengan tudung periuk.
Selepas itu masukkan santan dan kacau seketika hingga pecah minyak.
- Masukkan sedikit gula Melaka, garam dan secubit gula. Di samping itu masukkan 1 keping asam gelugor dan sedikit asam jawa. Masak sehingga naik bau dan bolehlah di angkat.

Selepas itu boleh le dihidangkan. Boleh dimakan bersama nasi putih, nasi minyak, nasi beriani, roti dan pulut kuning.


Selamat mencuba.      

                                                 

2 comments: