Pages

Tuesday, November 2, 2010

Kuih Lompat Tikam


Assalamualaikum dan selamat sejahtera kawan-kawan... petang tadi saya telah mencuba resepi kuih tradisional dari negeri Cik Siti Wan Kembang..namanya kuih Lompat Tikam. Ha ha dah lama tak buat kuih ni..Dulu masa remaja belia suka sangat masak kuih ini.Masa tu saya buat sendiri dengan beras,kemudian dikisar menggunakan pengisar..lebih asli tepung beras...tok wan saya suka makan kuih ni..bila dia pulang dari sawah, mesti pekena kuih ni dulu...memang best tambah-tambah diletakkan di dalam peti ais...memang yummy...
Ok lah...
Bahan-bahan:
A. Adunan Hijau

- 1 cawan tepung beras
- 3 cawan santan cair
- 1/2 cawan pati daun pandan (yg telah ditapis)

- 2 sudu besar tepung jagung
- secubit kapur dicairkan bersama air- sedikit garam
B.Kuah Santan Pekat
- 2 cawan santan
- 1 sudu tepung jagung

- sedikit garam
C.Pulut Merah
- 1 cawan besar pulut direndam bersama sedikit pewarna merah selama 2 jam
- 1/2 cawan santan

- sedikit garam

D. Kuah manis

- 1 ketul gula Melaka
- 1/2 cawan gula
- 1 helai daun pandan (yang disimpul)

Cara-cara membuatnya:

A. Adunan Hijau

Campurkan tepung beras bersama tepung jagung, garam, air kapur dan pati daun pandan. Kacau rata kemudian curahkan air dan sebatikan semua bahan. Panaskan kuali kemudian masukkan adunan ke dalam kuali dan kacau sentiasa agar sebati.Kacau adunan biar likat dan kering.Setelah itu, masukkan ke dalam bekas hidangan dan biarkan sejuk.

B. Pulut Merah

Basuh beras pulut dan rendam awal pulut bersama pewarna merah selama 2 jam. Kemudian tapis dan masukkan beras tadi ke dalam periuk pengukus.Kukus selama beberapa minit. Kemudian angkat dan keluarkan pulut tadi,letak dalam bekas dan gaulkan bersama santan pekat dan sedikit garam,setelah itu kacau sebati. Kukus semula di atas periuk pengukus biar masak serata.
C. Kuah Santan menjadi Pekat
Masukkan santan ke dalam periuk bersama tepung jagung, sedikit garam dan kacau biar hancur tepung jagung.Kemudian letakkan di atas api gas. Kacau dan masak dengan api sederhana, biar menjadi pekat.
D. Kuah Manisan
Rebus gula Melaka, daun pandan, gula biasa dan sedikit air.
Apabila hendak makan, sajikan bersama tepung hijau, pulut merah, kuah santan pekat dan akhir sekali kuah manisan.Cuba le....

Monday, June 21, 2010

Nasi Kerabu Original Kelantan

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Rasanya semua kaum di Malaysia sudah merasai nasi kerabu. Tetapi mereka mungkin tidak pernah merasai nasi kerabu asli Kelantan....

Hari ini saya akan berkongsi dengan teman-teman sesawang cara-cara membuat nasi kerabu Kelantan asli....

Bahan-bahan:

A.Nasi ( bungaTelang -warna biru )
- Beras 2 pot utk 4@5 orang makan.
- Serai 1 batang.
- Daun limau purut.
- Sehiris halia.
- Bunga Telang

Cara memasak nasi:
Basuhkan beras biar bersih. Sukat air macam biasa jangan terlebih air (takut lembik tak cantik nasi). Masukkan semua bahan-bahan tadi. Bunga Telang tersebut perlu diramas-ramas dan ditapis airnye. Kemudian masukkan ke dalam beras tadi.

Warna nasi kerabu adalah mengikut citarasa anda. Kalau inginkan warna biru, bolehlah kita gunakan bunga Telang (gambar kiri) atau pewarna.Kalau inginkan warna kuning letak je kunyit...



B.Kuah Tumis:

- Sedikit minyak untuk menumis
- 6 Ulas bawang merah
- 4 ulas bawang putih
- 2 hiris halia
- 1 keping asam gelugor
- 6 biji lada kering yg dikisar @ cili boh
- 2 batang serai yg diketuk2
- 1 sudu kecil garam secukup rasa
- 1 sudu kecil gula
- 1 potong nisan/gula melaka
- 1 gelas santan pekat

Caranya:
Semua bahan di atas ditumbuk dengan lesung @ diblender je..cuma serai je diketuk-ketuk. Kemudian masukkan minyak dalam kuali. Apabila minyak panas, masukkan semua bawang, cili giling, garam, gula, gula melaka biar garing. Akhir sekali masukkan santan dan serai. Kacau biar sampai agak pekat sedikit. Tunggu sehingga menggelegak kemudian tutup api gas...hehe...



C.Sambal Kelapa Goreng

- 1 Biji kelapa parut digoreng kekuningan.
- 5 ekor ikan direbus(biasa ikan selayang)
- 5 ulas bawang merah
- 1 batang serai
- 1 sudu kecil gula pasir
- 1 sudu kecil garam (secukup rasa)
- sedikit gula melaka.

Cara membuatnya:
Kelapa parut digoreng sedikit demi sedikit sampai kekuningan dan garing. Tumbuk bawang merah sampai hancur. Masukkan garam, gula pasir, gula melaka dan hirisan serai, tumbuk lagi. Selepas itu masukkan ikan rebus yang telah dibuang tulang. Tumbuk dan tumbuk lagi...Kemudian keluarkan bahan yang ditumbuk dan gaulkan dengan kelapa goreng tadi...


D. Ulam-ulaman


- Daun kesum
- Bunga gantang
- kacang panjang
- mentimun/timun batang
- daun sallon
- daun serai kayu/daun samok
- daun sabung nyawa
- taugeh
- cili padi @ cili besar hijau
- kubis

Cara-caranya:
Kesemua ulam-ulaman ini perlu dihiris nipis untuk dijadikan kerabu.Kemudian masukkan ke dalam pinggan.


E.Budu


- masukkan cili padi yang dipotong halus ke dalam semangkuk budu.
- perah limau nipis
sudah sedia untuk dimakan bersama nasi kerabu.

F. Air Lada

- Lada @ cili padi dikisar dengan sedikit cuka, garam, gula dan sedikit air. Sedia dihidangkan bersama nasi kerabu.



Inilah resepi daripada ibuku, makanan kesukaan suamiku..

Selamat mencuba...
Wassalam.