Pages

Tuesday, December 6, 2011

Karipap gulung sardin


Assalamualaikum dan selamat petang...dah berminggu tak update blog.....Fie doakan semua sihat2 walafiat di samping keluarga tersayang...Pagi tadi  Fie terbang balik kampung..rindu pada mama, wan and family...dah lama tak tengok mereka...Al-hamdulillah semua sihat walafiat. Hari ini Fie nak kongsikan kuih karipap gulung sardin...sesuai untuk minum petang dan sarapan pagi..

Antara bahan2nya:
Bahagian A : Inti Sardin

1 tin sardin sederhana besar ( Fie guna Sardin Ayam Brands )
3 ulas bawang putih ( dipotong dadu kecil )
1 ulas bawang besar ( dipotong dadu kecil )
2 sudu minyak untuk menumis
1 biji cili besar di mayang
1 biji ubi kentang ( dipotong dadu kecil )
sedikit halia dimayang kecil
sedikit garam dan gula secukup rasa
sedikit air asam jawa @ setengah asam gelugor untuk menghilangkan hanyir ikan sardin.
sedikit air

Caranya :
  1. Masukkan minyak ke dalam kuali dan tumis bawang putih dan bawang besar sampai sedikit garing
  2. Masukkan ikan sardin yang telah dihancurkan ke dalam kuali dan kacau.
  3. Masukkan pula ubi kentang yang dipotong dadu.
  4. Kemudian masukkan cili, halia, asam gelugor, garam dan gula mengikut citarasa dan sedikit air. Kacau dan biarkan seketika sehingga ubi kentang empuk.
  5. Apabila sudah kering bolehlah diangkat dan diletak dalam mangkuk.
                                             Beginilah hasilnya.

    Bahagian B :  Kulit karipap
             
                          secawan marjerin
                          3 cawan gandum
                          sedikit garam
                          sedikit air





    Caranya :
    1. Gandum dicampur dengan marjerin dan sedikit garam.  
    2. Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit dan jangan sampai melekat di tangan
    3. Gaul rata sehingga menjadi doh..
    4. Kemudian buatkan doh bulat2 sebesar telur ayam yg saiz besar.
    5. Tutup doh berkenaan dengan plastik putih.
    6. Biarkan seketika selama 10 minit di dalam peti ais sehingga doh menjadi lembut
    7. Selepas itu, bolehlah dicanai untuk diletakkan inti sardin tadi.
    8. Letak inti sardin ditepi bulatan yang telah dicanai, kemudian bolehlah menggulung sehingga memanjang...tutup inti berkenaan dengan gulungan  karipap.



     

    Selamat Mencuba.




      6 comments:

      1. Menarik resepi ni...selalu makan sardine roll yg biasa je tu...ni karipap gulung sardin pulak...leh gak try nanti...:)

        ReplyDelete
      2. Assalamualaikum....

        Sedapnya Karipap Ni Kalau Buat Minum2 Petang...Kena Dgn Air Panas..Mmg Ummmmhhhhh!!!

        ReplyDelete
      3. salam fie.. selalu makan karipap sardin biasa saja.. yang ini lebih menarik.. terasa2 sedapnya.. nnt2 klu rajin boleh cuba buat..

        ReplyDelete
      4. to cik cek..
        Terima kasih cik cek ziarah kat sini...nanti cuba le buat ya...he he he..

        to Kak Lin Rosly,
        Waalaikumussalam..Syukran akak sudi berkunjung di sini....makan panas2 sedapkan tambah2 dengan air kopi panas..

        To Hanis Azla,
        W.salam, thanks Hanis ziarah lagi kat sini....nanti boleh cuba ya..

        ReplyDelete
      5. salam...

        karipap gulung sadin yng sedappp

        ReplyDelete
      6. to Sekamar Rindu,
        thanks ziarah kat sini...

        ReplyDelete