Pages

Saturday, February 25, 2012

Sup Ketam penawar Demam Denggi


Assalamualaikum dan selamat petang, bersua kembali di arena ini...semoga kawan2 sihat walafiat di samping insan2 tersayang... 

Di kesempatan ini, Fie nak kongsikan masak sup ketam....oleh kerana sejak akhir2 ini ramai yang sakit demam denggi...bolehlah cuba resepi ini....
Kalau badan rasa sejuk panas-sejuk panas macam nak demam tu eloklah amalkan sup ketam ini.. 

Penawar denggi ni Fie dapat tahu dari kawan2 yang memberitahu sup ketam sesuai untuk demam denggi...dan telah mencubanya semasa salah seorang ahli keluarga yang pernah terkena demam denggi selama satu bulan pada tahun 2008 dahulu...apa yg Fie buat ialah masak sup ketam makan  dengan nasi dan beri minum air 100 plus di waktu pagi, tengahari, petang dan malam.. di samping ubat-ubatan hospital...Berkat doa dan tawakkal, Al-hamdulillah sembuh.

Harapan Fie bagi sesiapa yang tahu saudara-mara, kawan2, jiran tetangga yang demam denggi bolehlah mencuba resepi ini dan tolong bagitahu kepada mereka masaklah sup ketam...Sup ketam penawar untuk demam denggi...bukan bermakna hirup sup ni sekali je, makan isi ketam dan hirup supnya sekali setiap hari...Buat le 2 ekor sehari...
Insya Allah...disulami dengan doa dan bertawakkal kepada ALLAH dan ubat-ubatan dari hospital...demam denggi tidak boleh dipandang ringan..perlu segera ke hospital..kerana boleh membawa maut.

Antara bahan-bahannya:
  • 2 ekor ketam segar @ ketam nipah
  •  4 ulas bawang putih ( ditumbuk )
  • 1 ulas bawang merah kecil ( ditumbuk )
  • 1 batang serai ( diketuk )
  • 6 biji lada hitam  ( ditumbuk )
  • 3 gelas air
  • sedikit garam dan gula mengikut citarasa
Cara membuatnya :
  1. Tumbuk  lada hitam, bawang putih dan bawang merah biar hancur.
  2. Basuh ketam dengan bersih ( buang isi perut yang kotor )
  3. Masukkan air ke dalam periuk, apabila air sudah mendidih masukkan bahan yang ditumbuk tadi.
  4. Selepas itu masukkan ketam dan kacau, biarkan seketika.
  5. Masukkan pula serai dan sedikit garam, gula mengikut citarasa.
  6. Biarkan mendidih dan balik-balikkan ketam agar masak.
  7. Bila isi ketam sudah masak, bolehlah ditutup api gas.
  8. Selamat mencuba tanpa menggunakan minyak.
 Ada satu lagi penawar untuk demam denggi ialah dengan meminum air 100 plus...kerana di dalamnya mengandungi kandungan isotonik yang boleh menguatkan badan yang lemah.....dan perlu juga mendapat nasihat doktor ya...

Caranya : buka penutup botol selama setengah jam biar gas air tersebut keluar...lepas tu bolehlah di minum...amalkan setiap hari...sebelum minum tu...bacalah Al-Fatihah 1 kali, ayat Qursi 1 kali, 3 Qul 1 kali dan kalau tahu doa tolak bala lagi bagus baca semasa hendak minum...kalau orang sakit tak mampu nak baca, maka orang yang sihat le kena tolong bacakan...kerana setiap penyakit ada ubatnya...semuanya kena banyak bertawakkal kepada ALLAH....satu lagi petua ialah buat air yassin...iaitu baca surah Yassin 3 kali ke dalam air mineral dan tiupkan di air...mesti yakin...buat minum pada yang sakit demam denggi...Insyaallah dengan izin ALLAH panjang umur...

ok selamat mencuba...

9 comments:

  1. Salam fie.. mmg sup ketam dapat naikkan platlet darah waktu demam denggi.. Alhamdulillah, pernah mencubanya juga dan berkesan.. cumanya waktu demam tekak selalu tak boleh nak telan sup tu.. tp bila baik demam jd kesukaan pula..

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum, apa khabar Fie? Sup ketam ni mmg sesuai sgt utk naikkan platlet darah. Selain sup ni, boleh jugak minum pucuk muda daun betik..

    Tumpang nyibuk sikit, gambar permandangan kat atas tu cantik la sgt..kat mana lokasinya?nampak banyak bot2 kat situ... :))

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum...

    Kak Lin pun pernah dengar Sup Ketam ni penawar demam denggi samaada betul ke tak Kak Lin x pasti...kalau betul alhamdulilah...

    ReplyDelete
  4. hi salam kenal..thanks for the gud info =)

    ReplyDelete
  5. to Hanis Azla...
    Thanks ziarah sini..memang betullah apa yg Hanis bgtau tu, dpt menambahkan platlet darah...Fie lupa nak bgtau..

    To Kak Azlina,
    Waalaikumussalam, thanks akak jalan2 kat sini, Fie Alhamdulillah beransur baik...tapi kena selalu makan ubat.. bagus juga cadangan akak tu minum pucuk muda daun betik...ni pertama kali Fie tahu ..boleh berkongsi dgn rakan2 yg lain..
    Pemandangan tu di Langkawi...jln nak ke Gunung Mat Cincang...lokasinye dekat stesen minyak Petronas.. saje2 ambik gambar pemandangan coz minat sgt dengan pemandangan ciptaan Allah S.W.T...nanti bolehlah akak pergi...memang seronok pergi Langkawi...tak puas..rasa nak pergi lagi dan lagi...

    ReplyDelete
  6. To Kak Lin..
    Waalaikumussalam Kak Lin..
    Thanks ziarah kat sini...rindu pada kawan2 blogger semua..tapi tak sempat nak ziarah blog..nanti Fie ziarah blog Kak Lin ya bila free...

    To mummY daniSha
    Hai..thanks jalan2 kat sini...nanti Fie ziarah balik..:)

    ReplyDelete
  7. mmg favourite nyue la ketam2 nie....
    terliur sudah :)

    singgah la blog nyue kalu sudi

    ReplyDelete
  8. Terimakasih informasi nya gan, sangat bermanfaat :)
    nice post :)
    ditunggu kunjungan baliknya yaah ,

    ReplyDelete
  9. Info yg berhargs. Tq..
    Salam perkenalan drpd : suteraungu87.blogspot.com

    ReplyDelete