Pages

Monday, February 13, 2012

Peria masak merah bersama udang - resepi mamaku tanpa Ajinamoto


Assalamualaikum dan selamat petang, apa khabar semua? Hari ni Fie nak kongsikan peria masak merah bersama udang, kesibukan tugas sebagai guru, penulis dan kesihatan yang tidak berapa mengizinkan untuk menulis di blog kerana tidak boleh berada terlalu lama di depan ladtop...jika ada masa Fie akan kongsikan bersama untuk tatapan  semua...

Antara bahan2 nya :
  •  1 biji peria ( dibelah dan di potong kecil2 )- jika tidak suka pahit rendamkan seketika dgn air garam
  •  15 ekor udang sederhana besar ( dibersihkan )
  • 4 ulas bawang putih ( perlu ditumbuk )
  • 2 ulas bawang merah ( perlu ditumbuk )
  • 1 biji telur
  • 3 sudu cili giling / cili kering kisar
  • 3 sudu sos cili Thai Life
  • sedikit minyak untuk menumis
  • sedikit garam dan gula mengikut citarasa
Cara membuatnya:
  1. Masukkan sedikit minyak di dalam kuali, bila dah agak panas masukkan bawang putih, bawang merah dan cili kisar ke dalam kuali..kacau sampai sedikit garing.
  2. Selepas itu, masukkan sedikit gula dan garam mengikut citarasa., kacau lagi...
  3. Kemudian masukkan udang dan kacau seketika.
  4. Akhir sekali masukkan telur dan peria, kacau sebentar sementara menanti peria sedikit masak.
  5. Selepas itu, masukkan sos cili Life dan rasakan .
  6. Bolehlah di tutupkan api gas dan sedia untuk dihidangkan.
  7. Peria memang baik untuk kesihatan kerana rasa kepahitan tu adalah penawar untuk kesakitan.
  8. Selamat mencuba...
  9. Sejak akhir-akhir ini kesihatan diri ini tidak berada di tahap yang baik....
  10. Bagi diriku ini, ku ingin hargai  orang2 yang tersayang selagi nyawa masih ada...

3 comments:

  1. kalau peria dengan udang ni, saya paling suka buat masak lemak

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum...memang sedap peria ni kalau digoreng mcm ni n sedap juga kalau dibuat masak lemak...:)

    ReplyDelete
  3. salam....lama plak rasanya tak masak peria...almaklumlah, klu masak ni kena makan sorang2 jeeee

    ReplyDelete