Pages

Sunday, July 31, 2011

Ahlan wasahlan ya Ramadhan - Selamat Datang Bulan Ramadhan -

                                        pic- by google-tq

Assalamualaikum dan selamat  malam, sekejap je masa berjalan...pejam celik, pejam celik...esok dah masuk bulan Ramadhan...bulan suci, bulan berkat, bulan yang diredhai, bulan pengampunan. Bulan ini mempunyai banyak kelebihan berbanding dengan bulan2 lain.

Selamat Datang bulan  RAMADHAN yang akan membersihkan kami, bulan yang di dalamnya semua baik, puasa pada siang harinya dan bangun malamnya, sedekah dalam bulan ini sama dengan membiayai perjuangan jihad fisabilillah ". Begitulah kata2 alunan Sayidina Umar Ibnu Khattab ( r.a ) bila menyambut kedatangan fajar Ramadhan.

Antara kelebihan pada bulan ini :

1. Amalan fardhu yang dikerjakan dalam bulan Ramadhan yang mulia ini akan dilipatgandakan menyamai pahala 70 fardhu pada bulan yang lain.

2. Amalan Sunat yang dilakukan di bulan ini akan diberi ganjaran pahala menyamai pahala  fardhu pada bulan yang lain.

3. Pada malam Lailatul Qadar, malaikat akan turun ke bumi dan akan mengaminkan doa orang2 yang mengerjakan amal ibadat pada malam itu.

4.Berpuasa mendatangkan kegembiraan, ketenangan dan kelapangan hati di samping mendapat pahala dan keampunan dari ALLAH S.W.T sebagaimana sabda Nabi Muhammad S.A.W. yang bermaksud :
"Orang yang berpuasa itu mempunyai dua kegembiraan. Kegembiraan yang pertama ketika masa berbuka dan kegembiraan yang kedua ialah ketika masa menemui Tuhannya."         
  
   Petikan dari buku "Iktibar dari kamus hidup orang Soleh".

Jom kita sama2 memuhasabah diri.
Selamat Beramal dan juga Selamat menjalani ibadah puasa pada semua yang beragama Islam, semoga pada bulan yang berkat ini memberi ketenangan dalam hidup kita di dunia dan di akhirat. Amin....

Tuesday, July 19, 2011

Pucuk paku goreng udang

Assalamualaikum dan selamat malam, dah banyak minggu Fie tak update blog. Kamera Fie bermasalah tu le yang tak de mood nak posting blog...kadang2 gambar kabur tak cantik. Nampak gaya kena cari kamera baru ni...
walau apapun kejadiannya, Fie doakan semoga kawan2 bahagia dan sihat2 selalu.


Hari ini nak kongsikan resepi ringkas sahaja : Pucuk paku goreng udang.
Antara bahan2nya :
1 ikat pucuk paku ( dipatah2kan batang dan daun guna tangan je coz kita boleh tahu yg mana keras dengan lembut ) -dibersihkan
10 ekor udang
 1 ulas bawang merah *
2 ulas bawang putih   *
1 sudu cili kisar
secubit garam
secubit gula
1 sudu sos  lada hitam Life
1 sudu kicap lemak manis kipas udang
sedikit minyak untuk menumis
1 biji cili merah dan hijau  (dihiris )
1 labu bawang besar ( dihiris )


Cara memasak :
  • Bahan yang bertanda   *  perlu ditumbuk biar sedikit hancur
  • Panaskan kuali, masukkan sedikit minyak, apabila minyak sudah panas..masukkan bahan yg bertanda *   dan goreng dengan sedikit garing.
  • Selepas itu, masukkan cili kisar dan kacau lagi.
  • Kemudian masukkan udang dan kacau, masukkan secubit garam dan gula mengikut citarasa.
  • Masukkan 1 sudu sos cili lada hitam dan sedikit kicap dan kacau lagi.
  • Akhir sekali, masukkan daun pucuk paku bersama batangnya ke dalam kuali dan kacau. Biarkan serata.
  • Kemudian masukkan cili  dan bawang yg telah dihiris tadi dan gaulkan.
  •  
  • Selepas itu, boleh lah diangkat dan dihidangkan.
  • Selamat mencuba.