Assalamualaikum dan selamat pagi.
Apakhabar kawan2 semua? ....Harapan Fie semoga kawan2 sihat walafiat dan ceria2 selalu. Hari ni Fie masak awal untuk tengahari...menu yang ringkas je.
Apakhabar kawan2 semua? ....Harapan Fie semoga kawan2 sihat walafiat dan ceria2 selalu. Hari ni Fie masak awal untuk tengahari...menu yang ringkas je.
Antara bahan2nya :
- 1 mangkuk kecil daging ( dihiris nipis )
- 2 ulas bawang putih
- 2 inci halia muda ( suka sgt guna halia muda, halia tua pun boleh )
- 1 labu bawang besar ( dipotong bulat )
- 1 biji lada besar merah @ hijau
- sedikit kicap
- 2 sudu besar sos cili Thai Maggi
- sedikit minyak
- 1 sudu kecil garam
- secubit gula
Cara memasak:
Tumbuk bawang putih bersama halia dan 1 sudu kecil garam,
ambil daging dan diperap seketika selama 5 minit.
Masukkan daging ke dalam kuali tanpa letak minyak, tutup seketika dengan tudung periuk,
selepas tu buka tudung periuk dan kacau, apabila air daging sudah kering, masukkan sedikit minyak dan kacau...biarkan daging sedikit garing.
Selepas itu, masukkan bawang besar, cili besar, secubit gula, kicap dan sos cili Thai.
Gaul rata dan bolehlah di angkat dan dihidangkan..itu je resepinya...senang je kan..
Sedap dimakan bersama nasi putih yang masih panas dan roti...
Selamat mencuba..