Pages

Sunday, February 27, 2011

Agar-agar santan daun pandan -resepi Mama









 Assamualaikum dan selamat malam kawan2 alam maya...malam ni Fie nak kongsikan resepi agar-agar santan daun pandan...resepi ni dah banyak hari...ni baru nak masukkan coz minggu lepas Fie tak sihat...batuk2, demam, sakit2 badan...al-maklum le kerja banyak yang perlu dibereskan sampaikan kesihatan terabai... hari ni dah sihat..jadi boleh le layan blog sekejap dan nak buat kerja yg belum siap...malam ni sungguh nyaman sekali coz hujan turun..

Bahan2 nya :
  • 1 bungkus agar2 berbentuk tali (Fie guna yg 15 gram) biasa dalam plastik panjang.
  • 3 cawan air
  • 3 cawan gula
  • 2 biji telur 
  • 15 helai daun pandan
  •  1/2 biji kelapa mesin
* jadi jumlah air semua 5 cawan ( 3 cawan air + 2 cawan santan )


Cara membuatnya :

Basuh agar2 tali dan rebus dengan 3 cawan air.
Pastikan agar2 tadi hancur, selepas itu masukkan gula, masak sampai gula hancur dengan api sederhana.
Potong kecil2 daun pandan, blenderkan bersama kelapa mesin dan masukkan telur sekali...masukkan 2 cawan air. Blender sampai hancur...
Tapiskan santan yang diblender tadi bersama daun pandan dan telur.

Sebelum masukkan santan, pastikan gula dalam agar2 telah hancur.
Selepas tu, masukkan santan berkenaan ke dalam periuk rebusan agar2 tadi dan kacau..
Biarkan seketika, kacau dan tutup api gas.
Ambil loyang dan tuangkan agar2 tadi ke dalam loyang. Apabila telah sejuk daripada kepanasan, masukkan ke dalam peti ais..Bila dah terlalu sejuk baru sedap untuk di makan.

Agar2 ni sesuai dimakan waktu tengahari dan petang.

Pesanan...
Bagi yang ada penyakit, semua jenis agar2 tidak sesuai dimakan kerana boleh mendatangkan mudarat pada kesihatan seperti penyakit ulser, kerongkong, tiroid dan baru lepas pembedahan.
Kalau anda makan juga boleh menyebabkan bengkak2 badan anda. Memang agar2 sangat best, sejuk bila makan...tapi hati2 pada yg berpenyakit...perkara ni telah berlaku pada jiran sekampung Fie...Seorang ibu memberi anaknya makan agar2 selepas anaknya pembedahan leher..memang le sejuk kat leher..sedap n nikmat.Ibu tersebut memberitahu,, ingatkan ok je bagi makan agar2...rupanya berbisa..tapi apa yg jadi ialah...malam tu..anaknya tak boleh nak tidur kerana lehernye membengkak.. coz agar2 diperbuat daripada sejenis alga laut....
Bagi yg sihat boleh je makan...tak jadi masalah pun...tapi tidak elok makan setiap hari..jarang-jarang ok.menurut pakar pemakanan...




















Monday, February 21, 2011

Kek Coklat pisang kukus


Assalamualaikum dan selamat malam kawan2 alam maya.., malam ni Fie nak kongsikan resepi kek, dah lama tak buat kek coklat ni..nak buat kek kena ada mood juga kalau tak kek tu tak berapa sedap,,,macam juga jahit baju, kalau jahit masa tension maka tak menjadi le baju tu...ha ha melalut le pulak...dah banyak hari tak sempat nak buka blog, nak jejalan kat blog kawan2 pun tak sempat lagi..
al-maklum le  kerja sibuk memanjang, semua benda nak kena settlekan, sampaikan nak berehat pun kadang2 ciput je...resepi kek ni Fie belajar dari adik...hemm adik pun suka masak dia..


             Coklat atas tak berapa keras lagi, dah tak sabar nak memotong...inilah jadinye..


Antara bahan2nya:
  • Pisang 5 biji ( Fie guna pisang berangan  coz ada pisang tu je kat rumah )
  • susu cair 1 cawan
  • gula 1 cawan ( Fie guna 1/2 cawan )
  • telur 2 biji
  • esen vanilla kecil 1 sudu ( tak letak coz takde kat rumah )
  • serbuk koko 1 cawan ( Fie guna serbuk coklat Van Houten )- coklat timbang pun boleh je
  • tepung gandum 1 cawan 1/2
  • soda bikarbonat 1 sudu kecil
  •  minyak mazzola 1 cawan ( kalau takde minyak masak pun boleh @ minyak jagung )
  • air panas baru mendidih 1 cawan
  • setengah coklat masakan ( untuk bahagian atas )
  • sedikit kacang badam hiris

Cara membuatnya:

Kisar pisang sampai hancur,
masukkan gula,  telur, susu cair, serbuk coklat, kisar lagi sampai kembang,
selepas tu masukkan soda bikarbonat, esen vanilla, minyak mazzola dan air panas,
akhir sekali masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sambil kisarkan menjadi sebati.
Masukkan ke dalam loyang untuk dikukus. Loyang tersebut perlulah disapukan sedikit minyak agar tidak melekat semasa nak keluarkan kek dari loyang. Kukus selama lebih kurang 45 minit.
Balutkan tudung periuk dengan kain bersih agar bila naik wap, air wap akan terkena kain.
Masakkan coklat masakan dengan sedikit air dan curahkan ke atas kek tadi.
Taburkan kacang badam ke atas coklat bahagian atas.
Letakkan kek terlebih dahulu ke dalam peti ais sebelum memotong.

Selamat mencuba..ok lah ya...nak sambung buat kerja pulak ni..nanti free banyak, Fie akan melawat blog kawan2.. bye..

Tuesday, February 15, 2011

Selamat Menyambut Maulidurrasul 12 Rabiul Awal 1432 H

 Masjid Nabawi peninggalan Nabi -pic by pak google

Assalamualaikum dan selamat pagi kawan2 alam maya..al-hamdulillah hari ni cuti sempena sambutan Maulidurrasul iaitu memperingati kelahiran junjungan kita Nabi MUHAMMAD S.A.W. Betapa mulianya Nabi kita di bawah lindungan ALLAH S.W.T dan sayangnya Allah pada Nabi kita. Kita adalah umat akhir zaman. Nabi Muhammad adalah penutup segala Nabi.Nabi kita adalah nabi yang ke 25 yang wajib kita sbg umat Islam ketahui. Al-hamdulillah Nabi kita pembawa rahmat sekalian alam semua dapat merasainya.

 Nabi kita lahirkan  pada 12 Rabiul Awal pada tahun gajah bersamaan 571 Masehi.

Kita sbg umat perlu ingat salasilah keturunan Nabi iaitu : Nabi Kita bernama Muhammad bin Abdullah bin Abdul Mutalib bin Hashim bin Abdul Manaf bin Qusaiy bin Qilab.

Manakala sebelah ibunya :  Aminah bt Wahab bt Abdul Manaf bt Zahrah binti Qilab.Nama moyang Nabi ialah Qilab.Bertemu sebelah ibu dan bapa. Bapa n ibu nabi rupanya kawin saudara mara.

Sedihnya Nabi dilahirkan sebagai anak yatim.Tidak pernah kenal bapanya...Bapanya berniaga ke syam, dlm perjalanan pulang bapanya telah jatuh sakit dan meninggal dunia di Yasrib..dan dikebumikan di sana.

Hanya sempat hidup bersama ibunya beberapa ketika sahaja..kerana ibunya telah juga wafat pada usia Nabi masih kecil dan dikebumikan di Abwa iaitu semasa dlm perjalanan pulang Nabi bersama ibunya serta Ummu Aiman dari menziarahi makam bapanya di Yasrib
Itulah PEMIMPIN UMAT sejak dlm kandungan ibunya sudah diuji...KiTA BAGAIMANA?

Nabi berasal dari keturunan mulia, dari kalangan kaum bangsawan..datuknya penjaga Kaabah. Dikenali di seluruh pelusuk dunia.
Semasa kecil, Nabi disusui oleh ibunya selama beberapa hari sahaja.  Kemudian disusui oleh Suwaibatul Aslamiah - selama 3 hari.

Halimatus Sa'diyyah - menyusukan Nabi selama 4 tahun. Sudah menjadi adat kaum bangsawan, anak disusui oleh org lain dan dididik serta diasuh dengan penuh kasih sayang.
Tujuan disusui oleh org lain kerana untuk memulihkan kesihatan ibu, pertumbuhan akal dan badan yag sihat dan membawa keberkatan. Itulah anataranya...kerana juga ibu susu Nabi seorang yg mempunyai budi pekerti yang mulia.

Di desa Bani Saad Nabi dibesarkan, di situ kehidupan masyarakatnya penuh dgn nilai2 murni, bersatu padu dan berakhlak mulia, bekerjasama dan kukuh persaudaraan...di situlah Nabi dididik dgn penuh mulia, fasih bertutur, hidup berdikari. 

Nabi dipelihara oleh Datuknya Abdul Mutalib selama 2 tahun selepas kewafatan ibunya. Nabi dididik dengan akhlak mulia oleh datuknya. 
Selepas datuknya meninggal dunia, nabi dipelihara oleh bapa saudaranya Abu Talib..Beliau adalah abang kepada bapanya Abdullah. Walaupun Abdul Talib masih belum Islam, tetapi beliau sangat sayang pada anak saudaranya.Ketika usia 8 tahun Nabi Kita dijaga oleh bapa saudaranya Abu Talib sehingga dewasa. Di ajar menggembala kambing dan berniaga.
Menggembala kambing satu kerja mulia...Anda pasti tahukan kambing adalah haiwan yg paling degil sekali..tetapi Allah mengajar Nabi HIDUP SUSAH semasa dari kecil lagi dengan menggembala kambing. 

Nabi dididik dengan kecerdasan akal, jasmani, syaksyiyyah peribadi dan rohani yang unggul...Kemiskinan mengajar erti kedewasaan. Cabaran juga mengajar erti kedewasaan.
Bapa saudara Nabi walaupun dia masih dengan agama datuk moyangnya (agama Jahiliah ) tetapi segala tindak tanduk Nabi menyebarkan agama Islam disokong 100%..Kerana hatinnya masih belum terbuka untuk menerima Islam...tapi yg paling sedihnya bagi Nabi ialah di saat kematiann bapa saudaranya Abu Talib, Nabi masih mengajak bapa saudaranya agar mengucap 2 kalimah syahadah tetapi bapa saudaranya masih berdegil ingin berada dgn agama asal..Akhirnya meninggallah bapa saudara Nabi dgn agama Jahiliah..kesiankan Nabi  bapa saudara yg paling disayangi...

Nabi di usia kanak2 sudah bekerja dan mengambil upah menggembala kambing kerana bapa saudaranya hidup susah.. Pada usia 12 tahun, baginda telah menbantu bapa saudaranya berniaga di Syam...Zaman Nabi dahulu kenderaan hanyalah unta, tidak seperti sekarang..byk kereta, van dan bermacam2 lagi. Nabi tidak terpengaruh dgn perkara2 yg tidak baik, malahan mghabiskan masa dengan berfaedah  tidak seperti sebilangan anak remaja  sekarang...menghabiskan masa begitu saja.

Pekerjaan kedua Nabi ialah berniaga. Nabi seorang yg bertanggungjawab ketika berniaga, amanah, tidak menipu, jujur dan rajin.
 Berniaga adalah pekerjaan mulia, jika kita tidak menipu dalam perniagaan, kita akan mendapat keberkatan yg berlipat kali ganda.

Akhir sekali, dipendekkan cerita Nabi S.A.W. berkahwin dgn Khadijah bt Khuwailid pada umur 25 tahun..Manakala Khadijah berkahwin dlm usia 40 tahun.Khadijah seorang bangsawan yg mulia dan berjaya di kota Mekah. Khadijah berkahwin dgn Nabi kerana tertarik dgn sifat Nabi dan akhlak mulia, jujur, rajin, sabar dan seorang yg bijak.
Selepas berkahwin baginda meneruskan perniagaan dan hidup secara sederhana sahaja. Baginda hidup aman, bahagia dan penuh kasih sayang. Dengan perkahwinan itu, baginda mendapat anak seramai 6 orang, iaitu Qosim, Abdullah, Rokiyyah, Zainab, Ummu Kalsom dan Fatimah. Hanya Fatimah yg hidup lebih lama. Tetapi anak2 nabi yg lain meninggal  di usia yg masih kecil. Anak Nabi semua sebenarnya ada 7 orang ( Ibrahim  adalah anak dari isteri perkahwinan yg lain) .

Sekian dulu celoteh saya melalui pembacaan dari  buku2 agama..semoga menjadi ikhtibar kepada hidup kita semua.
Banyakkan berselawat untuk Nabi sebagai umat akhir zaman  agar Nabi akan ingatkan kita di padang masyhar nanti..tempat perhimpunan semua manusia di seluruh pelusuk dunia...takutnya kan..
Bersama2lah  kita memuhasabah diri kita, hiasi peribadi agar menjadi insan yg kamil sempurna..Insya Allah.. dan mengamalkan sunnah Nabi selalu..amin.. banyakkan bersedekah kerana harta yg kita dapat bukan bermakna milik kita seorang sahaja. Harta tu untuk orang lain merasai sama, perlu diagih2kan barulah mendapat keberkatan hidup di dunia dan di akhirat kerana kita hidup tidak lama, sampai masa ke tanah jua...













Monday, February 14, 2011

Sup Tulang Rusuk Lembu



Assalamualaikum dan selamat petang kawan2 alam maya...hari ni koleksi masakan Fie ialah sup tulang rusuk Lembu...tulang rusuk ni suami beli dengan kawan dia kat ofis...
Fie masak biasa je sup ni..

Antara bahan2nya:
  • 6 ketul tulang rusuk
  • 1 bungkus rempah sup adabi ( semua dah lengkap-dgn kulit kayu manis, bunga lawang, lada hitam dlll.)
  • 1 ulas bawang merah ( dimayang )
  • 4 ulas bawang putih ( dimayang )
  • setengah bawang besar ( dimayang )
  • 1 inci halia                      ( dimayang )
  • 1 inci lengkuas               ( dimayang )
  • 1 keping asam gelugor
  • air
  • sedikit garam
  • sedikit gula ( biasa kat kedai guna ajinamoto )- tapi Fie lebih suka guna sedikit gula
  • 1 biji tomato hijau ( dibelah 4)
  • setengah batang saderi/sup ( dihiris )
Cara membuatnya:

Tulang rusuk tadi dibasuh dengan bersih,
kemudian direbus dengan air dengan api sederhana
apabila sudah mendidih, angkat dan buangkan air tersebut..letak air lain dan direbus lagi.

Kemudian tumis bawang putih, bawang merah, bawang besar dengan sedikit minyak,
apabila sudah agak layu bawang berkenaan, boleh lah dimasukkan ke dalam periuk yang direbus tulang tersebut.
Masukkan bersama rempah sup Adabi, asam gelugor, batang sederi/ sup, halia dan lengkuas ke dalam sup yg mendidih.
Akhir sekali masukkan sedikit garam dan gula serta buah tomato yang dibelah 4..
Apabila daging dah empuk bolehlah ditutup api dan dihidangkan.

Sup ni sedap di makan bersama nasi putih, dan sambal belacan @ sambal kicap.
Bahan2 sambal kicap :

5 biji cili padi *
sedikit garam *
sedikit gula *
sebelah limau nipis,
sedikit cuka makan,
sedikit kicap manis

Semua bahan bertanda  * ditumbuk dan digaul rata dengan bahan di atas tanpa dimasak.

Sambal belacan pula:

10 biji cili padi *
2 ulas bawang putih dibakar bersama kulit ( dibuang kulit & dibasuh ) *
2 inci belacan dibakar *
2 biji limau kasturi ( diperah ambil jusnya)
sedikit garam *
sedikit gula *
1 belah tomato merah ( dibasuh dan di bakar bersama kulit dan selepas tu dibasuh lagi selepas dibakar)  *
sedikit cuka makan


Semua bahan bertanda * ditumbuk, kemudian digaul bersama bahan2 di atas...tanpa perlu dimasak.


Sekadar ingin berkongsi dan menambahkan koleksi masakan.


Selamat mencuba bagi yg nak cuba.

Ok, wassalam.










Thursday, February 10, 2011

Labu Air masak rebus lada hitam


Assalamualaikum dan selamat sejahtera kawan2 alam maya...diharap semua sihat2 selalu.
Hari ni nak kongsikan masakan yg paling senang je untuk dimasak...masakan ala2 kampung gitu...oleh kerana dah lama tak makan labu air maka teringin le nak masak...


Antara bahan2nya :
  • 1  biji labu air sederhana kecil ( di buang kulit dan dihiris kecil2 serta direndam dlm air )
  • 2 ulas bawang merah *
  • 10 biji lada hitam *
  • 1 ekor  isi ikan kembung mentah *
  • sedikit garam
  • sedikit gula
  • sedikit air
  • setengah biji carrot dipotong memanjang
Cara membuatnya :
Bahan yang bertanda  * perlu ditumbuk sampai hancur ( tumbuk lada hitam dulu, baru masukkan bawang merah dan isi ikan kembung mentah )
Basuh labu air dengan bersih kemudian masukkan ke dalam periuk bersama dengan sedikit air.
Rebus biar mendidih. Selepas tu masukkan bahan yg bertanda   *  ,  garam dan secubit gula mengikut citarasa serta carrot.
Bila dah nampak labu empuk boleh le diangkat dan dihidangkan...

Cara makan : makan bersama nasi panas dan ikan goreng kunyit beserta sambal belacan memang sedap tau..



Selamat mencuba..

Wednesday, February 9, 2011

Kuih Talam Pandan




Assalamualaikum dan selamat petang, kawan2 alam maya...hari ni Fie nak kongsikan pasal kuih talam...kuih ni dibuat masa cuti raya Cina minggu lepas. Fie buat kat kampung untuk my family rasa kuih talam...ini adalah percubaan kali ke 2...membuat kuih talam...resepinya bolehlah dapatkan kat blog kak Yatie  ( Sinar Kehidupanku ) http://yatiememories.blogspot.com

Tuesday, February 8, 2011

Pizza Chicken Black Pepper


Assalamualaikum  dan selamat malam kawan2 alam maya..malam ni Fie berkesempatan untuk menjenguk blog yg dah beberapa hari tak tengok..al-maklumlah balik kampung...macam2 hal nak dibuat...bila dah balik semula banyak pula kerja2 yg perlu dibereskan.
Fie doakan kawan2 semua sihat dan ceria2 selalu...

Malam ni Fie nak kongsikan pasal Pizza ni...makanan orang putih...Fie ni asal orang kampung je...makanan  sebegini jarang sekali makan..lebih suka kuih tradisional....ni adik Fie yg masak tau Pizza untuk kakaknya yg balik kampung, dia happy2 so dia masak le Pizza ...sempat le ambik resepi darinya...




Bahan2 A :
200gm tepung gandum ( dapat 3 biji Pizza )
1 sudu besar gula
1 sudu kecil yis
125ml air
1 sudu minyak zaitun @ butter (kalau tak ada minyak zaitun )
1 sudu susu tepung

Cara membuatnya:

Ambil yis, letak sedikit air, kacau bersama gula, 
masukkan tepung gandum dalam bekas, letak susu tepung dan minyak zaitun,  kacau.
Kemudian masukkan  air yis tadi...ulikan tepung, masukkan air sedikit demi sedikit...jangan melekat kat tangan...uli dan terus uli sehingga menjadi doh...kemudian tutupkan doh berkenaan dengan kain basah yg bersih selama 40-60 minit.


Apabila doh berkenaan dah kembang, ambik sedikit dan canai menjadi bulat...kalau suka pizza bentuk nipis maka buat le nipis, kalau suka tebal buat le tebal dlm 0.5cm...ikut citarasa lah ya...
Letak  kat dalam bekas bulat @ tudung periuk.


Bahan  B ( Bahan kat atas Pizza  untuk 1 biji )

sedikit lada hitam  *
2 ulas bawang putih  *
sedikit garam  *
Sedikit mayonis
sos tomato
sos cili
sedikit dada ayam yg direbus dengan air
daun sup ( dihiris )
1 biji buah tomato ( dipotong dadu )
1 biji cili merah besar  @ cili benggala merah ( dihiris nipis )
sedikit keju Mozarella

Cara membuatnya:

Perlu ditumbuk bahan  yg bertanda  *
siat2kan isi dada ayam yg telah masak  dan perap bersama bahan yg bertanda * 


Ambil kulit Pizza  yg telah dicanai tadi..
sapukan kulit Pizza dengan mayonis
sapukan pula sedikit sos tomato dan sos cili di atas mayonis
taburkan bahan2 tambahan seperti buah tomato dipotong dadu, cili, daun sup dan ayam yg telah diperap...taburkan je...
Akhir sekali keju Mozarella..taburkan juga...


Bakarkan dlm oven pd suhu 180 darjah celcius selama 15 - 20 minit lebih kurang...


Selamat mencuba...