Pages

Monday, June 27, 2011

Ikan Siakap masak kukus


Assalamualaikum dan selamat malam...apakhabar semua? Harap semua dlm keadaan sihat sejahtera..Malam ni Fie nak kongsikan resepi Ikan Siakap masak kukus..dah banyak hari tak bersiaran...malam ni terasa free nak berblog seketika..Ikan ni Fie masak ikut selera sendiri selepas mencuba beberapa kali masakan di restoran.

Antara bahan2nya:

1 ekor ikan siakap ( dibuang sisiknya dan dikelar sedikit )
3 ulas bawang putih    (ditumbuk )
1 ulas bawang merah ( ditumbuk )
2 inci halia   ( ditumbuk )
1 batang serai   ( diketuk2 )
1 labu bawang besar ( dihiris )
sedikit daun bawang dihiris
sedikit garam dan gula
3 biji limau kasturi diambil airnya
1 biji cili besar  ( utk hiasan ) 
sedikit carrot    (utk hiasan )

Cara  membuatnya :
  • Tumbuk bawang putih, bawang merah dan halia sehingga hancur bersama sedikit garam halus.
  • kemudian  lumurkan  ikan siakap tadi, perap seketika.
  • Ambil periuk kukusan dan rebus air sampai mendidih.
  • masukkan ikan yang diperap tadi ke dalam loyang, taburkan sedikit gula, bawang besar yang dihiris, carrot, daun bawang, air limau kasturi dan serai yang diketuk. Masukkan juga cili besar jika suka.
  • Tutup  penutup periuk kukusan tadi sehingga ikan itu masak.
  • Apabila sudah agak masak, bolehlah ditutup api gas.
  • sedia untuk dihidangkan.
  • tidak perlu meletak air kerana air ikan tersebut akan keluar menjadi sedikit berkuah.
  • selamat mencuba.






Saturday, June 18, 2011

Ayam goreng masak merah


     Assalamualaikum dan selamat malam,  Fie harap semua sihat2 dan ceria selalu..Dah berminggu tak masukkan entri baru coz bercuti dan agak sibuk dengan kerja2 yang perlu disiapkan dengan kadar segera.
     
       Malam ni rasa lapang cikit,  jadi boleh lah masukkan entri baru..sekejap je dunia ni berputar...pejam celik..pejam celik dah masuk bulan Rejab(disunatkan berpuasa)...lepas tu Syaaban(disunatkan berpuasa) dan Ramadhan (wajib berpuasa bagi orang Islam)..lepas tu Syawal dah nak raya.. baju raya pun belum dijahit lagi ni..

Malam ni Fie nak kongsikan resepi ayam goreng masak merah..resepi ini Fie belajar daripada mama Fie sendiri. Syukran mamaku sayang.

Antara bahan2nya:

Untuk  perap daging ayam

6 ketul daging ayam ( direndam dengan air asam jawa@ limau nipis-agar tidak hanyir, kemudian dibersihkan )
4 ulas bawang putih
2 inci halia
1 inci kunyit hidup @ kunyit debu ( Fie lebih suka kunyit hidup coz lebih asli )
sedikit garam

Cara membuatnya : 
  • semua bahan2 di atas ditumbuk guna lesung dan dilumurkan pada ayam, perap 5 minit.
  •  Selepas itu ambil kuali masukkan ayam tanpa minyak tutup seketika dengan penutup periuk.
  • Apabila air ayam tadi sudah kering, barulah masukkan sedikit minyak dan kacau.
  • Biarkan seketika, masak sampai daging ayam nampak kekuningan dan sedikit garing.
  • Angkat dan ketepikan.

Untuk sos merah :

2 ulas bawang merah    ( diblender @ tumbuk )
3 ulas bawang putih      (diblender @ tumbuk )
1 inci halia                      (diblender @ tumbuk )
5 biji cili kering ( dipotong, direndam air panas, basuh dan diblenderkan )
sedikit garam
sedikit gula pasir
sedikit sos cili Life @ apa2 jenama
1 biji tomato ( dibelah 4 )
1 biji cili merah  besar @ hijau  ( utk hiasan )
sedikit minyak utk menumis

Cara membuatnya :
  • Tumiskan semua bahan yang diblenderkan tadi dengan sedikit minyak hingga sedikit garing.
  • Masukkan sos cili Life dan kacau
  • masukkan garam, gula mengikut citarasa
  • akhir sekali masukkan tomato dan cili
  • kemudian masukkan ayam tadi dan gaul rata.
  • selamat untuk dihidangkan.

Senang je kan,  selamat mencuba.

Sunday, June 5, 2011

Segmen Cenderahati Dari P@kcikLie n MamaDiana

     http://villakejora.blogspot.com/2011/05/segmen-cendera-hati-dari-pcl-n.html  
 
Assalamualaikum  dan selamat malam...malam ni Fie joint segmen PakcikLie dan MamaDiana

Syarat2nya:

1. Buat entri dengan tajuk : Cenderahati Dari PCL n MamaDiana .
2. Letak (copy paste) Header (blog ini) berserta link (entri ini) .    
3. Pilih satu entri lepas2 yang anda suka...(letak link dan komen sikit) .
4. Tinggalkan link entri anda (yang dah post) di ruangan komen entri ini.

Tempoh : 27/5/2011 - 5/6/2011 tgh malam.
                                     Tajuk : Nak Cuti Dah .... ! !

                                         http://villakejora.blogspot.com/search/label/familiku

Fie suka baca entri ni sebab suka tengok kehidupan kampung, hidup di kampung masa kecil2 dulu memang best kerana boleh masuk sawah padi, bendang dan macam2 lagi kat kampung boleh buatkan..dan memang suka balik kampung..bila balik kampung jiwa rasa tenang, aman damai bila tengok kehijauan sawah padi.., jauh dari kesibukan bandar..memang suka sangat balik kampung..ingat lagi masa belajar dulu Fie sanggup catu makanan simpan duit untuk buat tambang balik kampung...
Di kampung kita boleh juga jumpa saudara-mara..jauh dekat macam P@kcikLie cerita....boleh tenangkan fikiran n macam2 lagi le..Fie pun balik kampung juga ni..dah seminggu kat kampung..

p/s : siapa2 nak joint bolehlah pergi ke blog PakcikLie n MamaDiana..

Thursday, June 2, 2011

Kek sarang semut

Assalamualaikum dan selamat malam...malam ini Fie nak kongsikan resepi kek sarang semut. Kek ini juga dikenali dengan  nama kek sponge @ kek gula hangus.



Antara bahan2nya :
  • 3 sudu besar marjerin
  • 1 cawan air panas
  • 1 cawan gula
Cara membuatnya :

 Ambil gula dan masak dengan api yang sederhana, apabila sudah cair dan warna kekuningan masukkan air panas serta marjerin, kemudian kacau sehingga sebati. Ketepikan.


Untuk bahan kek pula:
  • 4 biji telur
  • 1 cawan susu pekat
  • 1 cawan tepung gandum (perlu diayak )
  • 2 sudu kecil soda (perlu diayak )
  • 1 sudu kecil esen vanilla ( jika suka )
Cara membuatnya :

Ambil mesin blender, blenderkan telur sampai kembang,  selepas itu masukkan susu pekat dan blenderkan lagi sampai kembang.
Selepas itu masukkan tepung gandum dan soda yang telah diayak serta esen vanilla.
Blenderkan hingga sebati.
Akhir sekali masukkan gula hangus tadi dan blender lagi.
Biarkan adunan di dalam blender selama 3 jam (tertutup )
Bakarkan selama 60 minit sehingga masak dan naik bau.
Kemudian bolehlah diangkat, bila kek sudah sejuk barulah dipotong mengikut kesukaan.




Selamat mencuba.





Wednesday, June 1, 2011

Ikan Cencaru masak merah

Assalamualaikum dan selamat malam..Fie doakan semua pembaca sihat2 n ceria2 selalu..
Malam ini nak kongsikan resepi ikan cencaru masak merah. Dah seminggu lebih tak sempat nak update blog coz banyak kerja yang perlu dibuat dengan segera. Jom layan  seketika ikan cencaru ni..


Antara bahan2nya:

2 ekor ikan cencaru   (dipotong kalau suka n dibelah tepi )
     2 ulas bawang putih   ( ditumbuk )
     1 inci halia                     ( ditumbuk )
     1 inci kunyit hidup     ( ditumbuk )
     sedikit garam              ( ditumbuk )

  Ikan cencaru diperap seketika dgn bahan2 di atas
  Kemudian digoreng garing dengan minyak yg panas dan   ketepikan letak dlm pinggan.


                                 Bahan2 sos merah:

  5 biji cili kering ( dibuang biji, direndam air panas, dibasuh dan diblender )
  3 ulas bawang putih ( dikisar )
  2 ulas bawang merah ( dikisar )
  1 inci halia                    ( dikisar )
  2 inci gula Melaka
  sedikit garam dan secubit gula pasir
  sedikit sos cili Life
   2 biji cili besar merah hijau (sbg hiasan )
   1 labu bawang besar ( dipotong bulat )
   sedikit air

Semua bahan2 di atas ditumiskan dengan sedikit minyak dan ditambah dengan sedikit sos cili Life dan dimasukkan sedikit garam, secubit gula, seinci gula Melaka dan cili besar serta bawang besar. Letakkan sedikit air..bila dah mendidih kuahnya bolehlah diangkat dan dicurahkan ke atas ikan cencaru tadi yg siap digoreng..

ok selamat mencuba.