Pages

Thursday, August 18, 2011

Puteri Mandi


         Assalamualaikum dan selamat malam, malam ni Fie nak kongsikan resepi kuih Puteri Mandi.....kuih ni berasal dari Pantai Timur...tak tahu le kenapa diberi nama kuih Puteri Mandi ni...agaknya sebab berendam dalam air kot...kuih ni orang tua2 suka makan sebab isinya lembik2 dan berasaskan tepung pulut...setahu Fie kalau suka makan pulut, pipi jadi gebu dan putih macam orang keturunan Siam, sebabnya mereka suka makan pulut...contoh pulut pagi, pulut durian, pulut mangga dan bermacam2 lagi masakan Siam yang berasaskan pulut.
         Malam ni Fie nak kongsikan resepi kuih Puteri Mandi ni...resepi ni adalah dari mama Fie sendiri...di sini Fie coretkan untuk ingatan sendiri juga...bila dah lama tak buat kuih-muih ni..kadang2 ingat2 lupa....pada Mama lah rujukan Fie...hello Mamaku sayang  macam mane ya nak buat kuih ni...mama pun cakap le....he he anak bertuah ni lupa pulak, kan dulu pernah buat...iya lah bila dah banyak2 benda nak fikir kadang2 lupa....
dulu masa kecil2 Fie ada juga tolong mama buat kuih untuk dijual....kuih raya pun pernah buat...tak pernah beli pun...tapi sekarang nak buat tak sempat...main tunjuk2 je kat kedai...Harapan dan doa Fie moga mama n bapa sihat menjalani ibadah puasa. Tinggal seminggu lagi untuk balik kampung, seronoknya...tak sabar rasanya nak balik peluk mama dan bapa...banyak  cakap le pula.

      Antara bahan2nya:

      Tepung Pulut
  • 3 cawan tepung pulut
  • Sedikit air untuk jadikan doh
  • pewarna kuning dan hijau

Cara membuatnya:

  1. Ambil tepung pulut dan masukkan sedikit demi sedikit air, uli sampai jadi doh dan tidak melekat di tangan.
  2. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian dan masukkan pewarna kuning dan hijau. Uli lagi sampai jadi doh yang cantik. Kalau perlu letak sedikit air.
  3. Kemudian bentukkan doh sebesar guli & tekan ditengahnya supaya menjadi leper sedikit.
  4. Panaskan air di dalam periuk. Apabila air sudah mendidih, masukkan doh yang telah siap dibentuk tadi.
  5. Apabila doh tadi sudah terapung, kemudian  angkat  dan masukkan ke dalam mangkuk yang berisi air. 
 
Kuih Puteri yang telah siap direbuskan, ini di masukkan ke dalam air seketika agar tidak melekat antara satu sama lain.


     Untuk kuahnya:
  • 2 senduk gula ( Fie letak 1 senduk kecil je gula)
  • Sedikit air untuk kuah
  • Daun pandan 2 helai
  • secubit garam
  • 1/2 biji kelapa mesin putih @ kelapa yang isinya muda diparut lagi sedap
  • sedikit gula Melaka @ nisan.(jika ingin kuahnya warna sedikit coklat )
Cara membuat :
  1. Ambil periuk yang lain, kemudian panaskan air, masukkan gula, secubit garam, daun pandan dan kelapa mesin yang putih. Masakkan kuah sampai mendidih.
  2. Apabila sudah mendidih, masukkan kesemua puteri mandi tadi selepas ditapis air rendamannya dan kacau biar sebati.Biarkan seketika sehingga mendidih.
  3. Angkat dan boleh dihidangkan.
  4. Lagi sedap dimakan, jika dimasukkan ke dalam peti ais dahulu...bila dah sejuk baru di makan.
  5. Selamat mencuba.











Sunday, August 14, 2011

Kelebihan Solat Sunat Terawih

 

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a.) daripada Rasulullah S.A.W., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentang fadhilat (kelebihan)  solat sunat terawih  pada bulan Ramadan: 

Malam 1 - keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.
Malam 2 - diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibu bapanya (sekiranya mereka orang beriman). 
Malam 3 - berseru Malaikat di bawah ‘Arash supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.
Malam 4 - memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan AL-Quran.
Malam 5 - Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa. 
Malam 6 - Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih pada malam ini.
Malam 7 - Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi ‘Alaihissalam menentang musuh ketatnya Fir’aun dan Hamman. 
Malam 8 - Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim ‘Alaihissalam. 
Malam 9 - Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W. 
Malam 10 - Allah swt mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat. 
Malam 11 - Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baru dilahirkan.
Malam 12 - Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).
Malam 13 - Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan. 
Malam 14 - Datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.
 Malam 15 - Semua Malaikat yang menanggung ‘Arasy, Kursi, 
berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya. 

Malam 16 - Allah swt tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga. 

Malam 17 - Allah kurniakan orang yang bertarawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi. 

Malam 18 - Seru Malaikat: Hai Hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibu bapa engkau (yang masih hidup atau mati). 

Malam 19 - Allah swt tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus. 

Malam 20 - Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin. 

Malam 21 - Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada Nur. 

Malam 22 - Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru hara di Padang Mahsyar). 

Malam 23 - Allah swt binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada Nur. 

Malam 24 - Allah bukakan peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud). 

Malam 25 - Allah Taala angkatkan daripadanya siksa kubur. 

Malam 26 - Allah kurniakan kepada orang bertarawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.

Malam 27 - Allah kurniakan kepada orang bertarawih pahala pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Siratulmustaqim seperti kilat menyambar. 

Malam 28 - Allah swt kurniakan kepadanya 1000 darjat di akhirat. 

Malam 29 - Allah swt kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur. 

Malam 30 - Allah swt beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman: “Hai hambaKu: makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau daripada air syurga yang bernama Salsabila, serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama ‘Al-Kauthar’”.

 
Solat Terawih di Mekah...tempat  yang rindu untuk ku kunjungi..insyaallah.
Selamat Beramal.

Friday, August 12, 2011

Nasi Kerabu Bunga Telang lagi


Nasi Kerabu yang sudah siap untuk dimakan.

Assalamualaikum dan selamat petang, apa khabar semua? Fie harap semua sihat di samping insan2 tersayang....sudah 11 hari ya kita berpuasa....tak lama lagi dah nak bercuti dan balik raya...seronoknya balik kampung nanti...tak sabar rasanya nak balik kampung...
Hari ni Fie nak kongsikan masakan nasi Kerabu Bunga Telang...ulang tayang masakan ni...Fie masak semalam untuk berbuka puasa..
...thn lepas Fie dah masukkan resepi ni...nanti intai2 le kat blog ni ya..untuk mengetahui resepi  ini sila klik 
di sini.  





                                                           Nasi yang siap di masak

                                          
                                       
                                                                    Bunga Telang
                                           

       Ulam-ulaman ( timun batang, daun kesum, daun serai kayu, kacag botol, limau nipis dan kacang panjang.


Sambal kelapa nasi kerabu



Kuah Tumis



Budu - penambah selera


             
                                                      Air lada- penambah selera


Kalau makan nasi kerabu tak sedap jika tak ada Keropok ikan



 Ikan celup tepung


Sedap juga makan nasi kerabu dengan ikan masin, telur masin, daging goreng, daging bakar, ayam bakar dan  ayam goreng..

Selamat mencuba dan selamat berbuka puasa.











Wednesday, August 10, 2011

Butir Nangka -resepi Mamaku

  
      
            Assalamualaikum dan selamat petang, hari ni Fie ingin kongsikan resepi kuih tradisional dari negeri Cik Siti Wan Kembang.. Kuih ni namanya Butir Nangka...ha ha bukannya biji nangka...tapi dibuat dari beras pulut...yummy2 sedap tau coz dah lama tak makan dan tak sempat2 nak buat...Sempena bulan puasa ni lah boleh buat...masa kecil2 dulu mama Fie selalu buat kuih ni dan Fie pun suka sangat tolong-menolong mama buat kuih ni time gontel2 bentuk menjadi macam biji nangka. Inilah kali pertama Fie buat kuih ni selepas berkahwin, tak sangka suami kata sedap dan dia suka....nanti nak buat lagi dan lagi...
Jom kita tengok resepinya :

Antara bahan2nya:

 Bahan A ( untuk Butir Nangka )

  • 250 gram tepung beras pulut ( separuh plastik )
  • sedikit air
  • sedikit kapur makan ( Fie tak letak coz tak suka ) 
  • 20 helai daun pandan ( diblender dengan setengah cawan air dan tapis )
     @ pewarna hijau  jika suka ( Fie tak letak coz tak suka )
Cara membuat Butir Nangka
  1. Masukkan tepung beras pulut ke dalam mangkuk
  2. Masukkan air daun pandan sedikit demi sedikit sampai tepung jadi doh dan tidak melekat di tangan.
  3. Gontel kecil2 macam biji nangka
  4. Rebus air sampai mendidih, lepas tu masukkan biji nangka tadi yang digontel2
  5. Bila biji nangka tadi sudah naik terapung, itu maknanya sudah masak, dan bolehlah diangkat dan masukkan ke dalam bekas yang berisi air paip untuk rendaman seketika.
 Bahan B ( Kuah putih )
  • santan  dari sebiji kelapa
  • 1 sudu tepung beras ( untuk memekatkan kuah )
  • 2 senduk kecil gula (jika tak suka manis kurangkan )
  • 1 sudu besar halba
  • secubit garam
  • sehelai daun pandan
  1. Bagi membuat  kuahnya pula  masukkan santan, halba, garam, gula, sedikit  tepung beras ke dalam periuk, masaklah sehingga mendidih dan mesti sentiasa dikacau agar kuahnya tidak berketul.
  2. Apabila butir nangka dah siap masak, tapis dan buangkan air rendaman tadi dan bolehlah dicampurkan butir nangka bersama kuahnya.
  3. Biarkan mendidih seketika.
  4. Selepas itu bolehlah dihidangkan..sangat sedap di makan masa suam2  dan letak dalam peti ais pun sedap juga..
  5. Rasa kuih ni lemak2 manis.
  6. Selamat mencuba.



   

Saturday, August 6, 2011

Amalan Sedekah (Sehelai baju buat menyapu si air mata)

                                                 Contoh Baju Kurung kanak2 perempuan.

                                             Contoh Baju Melayu Kanak2 lelaki.

      Assalamualaikum dan selamat pagi semua, semoga semua sihat dan ceria selalu..Pagi tadi selepas Fie tengok siaran Tanyalah Ustaz di TV9, tengok sekejap mengenai nasi Lemak Kopi O... ada satu segmen di dalam Nasi Lemak Kopi O...mengenai derma ini. Terpanggil juga untuk tolong memberitahu di sini mengenai SEHELAI BAJU BUAT MENYAPU SI AIR MATA (Sedih bila mendengar tajuk berkenaan umpama baju tu untuk menyapu si air mata) kerana hidup Fie dulu pun bukan berasal dari keluarga yang senang.

Ceritanya begini: Ada satu pertubuhan amal bergerak secara sukarelawan bagi mengumpul baju Melayu dan Baju Kurung untuk diserahkan kepada anak2 yatim. ( hanya baju Melayu dan baju kurung je diterima )

Program ini dinamakan SEHELAI BAJU BUAT MENYAPU SI AIR MATA.

Motif sasaran ialah sehelai baju hasil sumbangan orang ramai untuk diserahkan kepada anak2 yatim di rumah anak2 yatim.

      Sesiapa yang ingin memberi sedekah pada anak2 yatim mengenai baju raya boleh lah membeli dan poskan ke alamat tertera di bawah...Barang yang diterima hanyalah  Baju Melayu dan baju kurung yang baru dibeli. Bukan baju terpakai. Lagi banyak lagi bagus. Pihak berkenaan tidak memerlukan wang...Baju berkenaan akan diagihkan ke rumah anak2 yatim  iaitu lebih 30 buah rumah anak yatim di beberapa negeri di Semenanjung Malaysia.

      Jika kita ingin membuat amalan sedekah, bulan Ramadhan adalah bulan berkat, pahala berganda tidak seperti bulan2 lain., rebutlah peluang ini dan anggaplah mungkin ini Ramadhan terakhir untuk kita membuat amal...apalah salahnya jika kita membeli 2 pasang @ 3 pasang baju anak2 untuk dipakaikan pada hari raya, kita ingatkan juga untuk anak2 yatim piatu di luar sana yang teringin juga memakai baju baru bergembira pada hari raya..maka kita belikan sehelai untuk mereka...banyak pun takpe.. 

        Untuk  saiz baju tu bolehlah layari laman web di bawah,  bagi yang teringin menjadi ahli sukarelawan pun boleh... pihak berkenaan adalah sebagai jambatan untuk tolong menyalurkan kepada anak2 yatim, kerana mungkin kita tak sempat untuk pergi ke rumah anak2 yatim.

         Dengan amalan bersedekah ini, semoga ALLAH memberi keberkatan dan ketenangan di dalam hidup kita. Bukan senang untuk mendapat keberkatan dan ketenangan.  Jika kita mempunyai wang berjuta2 pun tiada guna jika wang tersebut tiada keberkatan dan hidup kita tidak tenang.

Jom kita sama2 memuhasabah diri kita ini....yang serba kekurangan...

Maklumat lanjut bolehlah melayari alamat web di bawah:

http://www.sehelaibaju.com

Sesiapa yang berminat  untuk memberi baju baru sahaja

BAJU MELAYU  @ BAJU KURUNG boleh lah diposkan ke alamat berikut :

Hantar ke alamat:


SEHELAI BAJU BUAT MENYAPU SI AIR MATA
D/A: Ahmad bin Sa’abun
No. 12, Jalan Platinum 7/44, Seksyen 7
40000 Shah Alam, Selangor, Darul Ehsan
Tel: 016-2151192

Tarikh bermula program

  • Team akan mula menerima kiriman mulai 1 Julai hingga 25 Ogos 2011.

    Ahmad Bin Sa’abun (Penyelaras Program)

    Laman rasmi:

    www.facebook.com/SehelaiBaju

    Rakan Media

     

         Tahniah buat penganjur dan ahli2 team sukarelawan. Semoga bahagia selalu dan kepada semua penderma semoga kalian mendapat pahala, ketenangan dan keberkatan hidup fil duraini (di dunia dan di akhirat ) Amin...

    Selamat Beramal.

     

     

Thursday, August 4, 2011

Kuih Onde - onde @ buah Melaka


    Assalamualaikum dan selamat malam semua, kuih ini Fie buat petang Selasa lagi untuk buka puasa...tak sempat nak masukkan kat sini..Nak pergi ke pasar Ramadhan teramat malas coz sibuk dengan jem je...nak parking kereta pun susah....ramai sangat orangnya..Buat sendiri lebih terjamin kebersihan.

Bahan- bahannya: 
  • 300 gm tepung pulut
  •  1 ketul gula Melaka @ Nisan - dipotong kecil 
  • 10 helai daun pandan - dikisar dengan sedikit air
  • ½ biji kelapa muda parut yang dibuang kulit ari @ kelapa yang dimesin (pastikan kelapa itu putih ) dan gaul dengan sedikit garam. (kelapa tadi letak dalam loyang dan tekan2 biar mampat )
  • sedikit pewarna hijau
  • sedikit air kapur jika suka ( Fie tak letak )

Cara membuatnya :
  1. Masukkan tepung pulut ke dalam mangkuk, selepas itu masukkan air kapur dan pewarna, kemudian air daun pandan sedikit demi sedikit hingga adunan boleh digentel.
  2. Ambil sebesar ibu jari dan leperkan. Kemudian ditekan di tengah sedikit untuk meletakkan gula Melaka ditengahnya dan tutup semula. Gentel sampai jadi bulat.
  3. Rebus air di dalam periuk sehingga mendidih. Masukkan kuih tadi.
  4.  Angkat bila kuih timbul dan terapung. Toskan sekejap.
  5.  Kemudian golek-golekkan di atas kelapa parut yang bercampur sedikit garam tadi.
  6. Senang je kan...  Selamat Mencuba.