Pages

Thursday, April 28, 2011

Award daripada Saza Haiza, Kak Antan Bertingkah, Kak Yatie dan Kak Norgadis.

                                                Award ni daripada Saza Haiza, thanks ya...



                                   Ini pula dari Kak Antan Bertingkah, terima kasih kak.

Ini hadiah daripada Kak Yatie memories


Ini daripada Kak Norgadis



Semoga perkenalan dan persahabatan ini akan kekal selamanya walaupun di alam maya...syukran jazilan..moga bahagia selalu..
   

Tuesday, April 26, 2011

Kerabu Mangga lagi


Assalamualaikum dan selamat petang,  semoga semua bahagia dan ceria2 selalu.
Hari ni Fie nak kongsikan tentang resepi kerabu mangga lagi..resepi ni Fie buat sendiri. 

Antara bahan2nya :

2 biji  Mangga saiz kecil (dicincang dan dipotong memanjang @ guna pemarut buah )
1 ulas bawang merah kecil ( dimayang)
1 ulas bawang putih (dimayang)
2 biji cili padi ( dihiris )
1 biji limau kasturi ( diambil airnya )
1 sudu kecil cuka makan
1 sudu kecil garam halus
1 sudu kecil gula pasir
2 sudu besar kacang tanah yang telah digoreng tanpa minyak dan dibuang kulit
sedikit ikan bilis yang digoreng garing


Cara membuatnya:
  • Masukkan gula, garam, cuka dan air limau kasturi ke dalam mangkuk ( kacau sampai hancur garam n gula)
  • letak garam n gula mengikut citarasa sendiri.
  • selepas itu, masukkan Mangga yang telah dipotong memanjang tadi  dan gaul rata
  • masukkan bawang merah, bawang putih, kacang goreng, cili yg telah dipotong dan gaul sekali lagi.
  • akhir sekali taburkan ikan bilis goreng.
  • bolehlah dihidangkan bersama nasi putih.
Senang je kan...selamat mencuba.












Thursday, April 21, 2011

Hadiah Kad @ Award untuk segmen Jom Berkenalan dan buat semua followers

Assalamualaikum dan selamat malam semua....

Malam  ni Fie nak bagi kad buat yang joint segmen Jom Berkenalan dan kepada semua followers ya..
Thanks pada semua kawan-kawan yang singgah kat blog Fie  yang tak seberapa ni..
Ok, dipendekkan cerita...minta kawan2 ambil ya...jangan segan silu ya..

Hadiah kad yg tak seberapa ini...nanti letak kat blog kalian tau...semoga persaudaraan ini kekal selama2nya...ok...ngantuknye...esok kerja ni...

                                          Khas buat kawan2 yg joint segmen Jom Berkenalan.
                                                 ( snap picture masa bercuti di Langkawi )
 


                                        Khas pada semua followers ya...ambik jangan tak ambik.
                                             ( Bunga ni snap kat rumah je )

Nanti gantung kat blog ya.
ilal liqaa..maal salamah..jumpa lagi..

Tuesday, April 19, 2011

Segmen jom berkenalan


Assalamualaikum dan selamat mlm semua..Hari ni Fie rasa tenang nak citer pasal tagging dari Kak  Antan Bertingkah yang bagi tag Segmen Jom Berkenalan. Terima kasih banyak2 Kak ANTAN  ya... terharu Fie...segmen ni dah lama Fie peram..dah masak pun... sebenarnye Fie ni jenis yg segan dan pemalu...he he he..tu le duk peram2..jangan marah ya akak...Hari ni nak hiburkan hati akak le ni..nak kenal kita ngan lebih rapat ye.. ok.. mari kita lihat soalan2nya:

Apakah status anda?
Saya ni seorang anak kepada kedua ibu bapa yg penyayang dan isteri  kepada seorang  suami yang penyayang. Seorang  yg berkerjaya,

Ceritakan tentang diri anda?
Tentang diri...sebenarnya tak berapa suka dikenali...ok le...cerita cikit ya cian kat Kak Antan...Fie adalah panggilan timangan family  n suami..  Adiwieyah nama tu maksudnya penawar @ pengubat.,.Fie masih muda belia gitu. Dulu masa kecil2  bercita2 nak jadi Pilot
( aeroplane ), lepas tu chef,  businesswomen, guru,  pensyarah, ...last sekali nak tahu tak apa kerja sudahnya...cuba teka?
Fie sebenarnya suka yang lasak dan mencabar...ha ha.. .tapi jiwa ini lembut sangat..cepat sedih..dan mudah mengalir air mata ( bila hati disakiti, bila tersentuh hati lihat kesusahan org lain, bila org buat aniaya kat kita, bila rasa byk dosa )...masa kecil2 dulu...mama kata suka menangis...org tua2  kata...budak yang suka menangis masa kecil...cita2nya tinggi...memang betul kata org tua..
Dulu masa kecil hingga remaja, kehidupan susah....tak seperti anak2 zaman sekarang...semua nak benda mereka boleh dapat...Fie suka hidup berdikari dari dulu lagi. Hidup dulu memang susah...banyak asam garam kehidupan yang pernah ditempuhi....tapi memang minat memasak, menjahit ( coz mak tukang jahit kat rumah dulu -kecil2 je) berkebun dan berniaga...dulu Fie pernah bekerja sambil belajar untuk hidup sebagai seorang pelajar yang ingin berjaya dlm pelajaran...Al-hamdulillah sekarang ALLAH dah makbulkan doa Fie..sekarang dah dapat hasilnya  berkat doa ibubapa, kesabaran dlm tangisan dan usaha.  Kesusahan hidup dahulu mengajar erti kedewasaan...Dalam hidup ni macam2 ragam manusia Fie jumpa....ada yg baik macam Nabi...ada yg jahat macam syaitan.
Kalau semua nak tahu, Fie dah belajar memasak seusia 9 tahun..darjah 3..masa dulu..jarang sekali rumah ada dapur gas..kebanyakan dapur kayu, dapur minyak tanah, kalau rumah yang ada dapur gas tu dlm kategori kalangan org yg berada gitu..Fie jenuh betul tiup unggun api utk masak sesuatu masakan, rebus air ( lain tau rasa rebus dgn dapur kayu..aroma nye ).....biasanya kami adik beradik akan buat time table...siapa yang tugasnya kena masak, siapa pula yang kena siram bunga...n siapa yang kena bagi makan makanan kat ayam di reban...rasanya dah agak panjang ni...ha ha terkenang zaman silam...kenangan yg cukup manis yg tak dapat  dilupai...biarlah terpahat di memori ini...kalau buat buku rasanya byk siri yg kena terbit ni...


Cerita Tentang Blog Anda
Ha ha part ni sgt suka nak jawab...Fie buat blog ni suka2 je sekadar ingin berkongsi masakan...di samping nak kumpulkan resepi dari Mama dan resepi yg Fie belajar dari orang lain dan suka mencuba benda baru, di samping ingin berkenal-kenalan  di alam maya...merapatkan ukkhuwwah sesama umat manusia. Pada mulanya tak berminat pun nak buat blog...suami yang galakkan..coz suami pun ada blog yg dikenali ramai...Fie taknak bgtau apa nama blognya...secret ya...." Bila periuk ku berbunyi " itu adalah nama yg suami tersayang bagi...katanya sebab Fie suka masak, bukannya pandai sangat pun masak, main campak2 je...Blog Fie biasa je...takde yg canggih-manggih pun...simple je kan...
Blog ni masih baru lagi, pertengahan thn lepas buatnye..byk perkara lagi yg perlu dipelajari..

Apa pandangan anda tentang dunia blog?
Pada pandangan  Fie, tulis blog ni sama mcm kita bercakap n berkarya. Apa yang kita tulis dan paparkan merupakan cerita2 yang akan orang lain baca dan kita tinggalkan pada org yg sayang kat kita....kalau kita dah tak ada, ada lah sedikit coretan suka duka kehidupan..kalau baik yang kita tulis akan diingati, kalau benda buruk pun akan orang ingati juga...sekadar ingin memuhasabah diri sendiri juga.

Nasihat anda pada rakan-rakan yang baru nak buat blog..
Tak berapa pandai nak nasihat orang, sekadar ingin beritahu...kakak2, kawan2, adik2, buat le cantik2 dan menarik..nanti time free Fie boleh datang ziarah ya..

Nyatakan keunikkan yang ada pada blog anda?
Biasa je, tak glamour mcm blog2 yg glamour.

Sampai bile hendak menulis blog dan impian anda dalam dunia blog?
Selagi masih hidup di dunia ni...n tak sibuk...n  ada masa.. selagi tu la Fie akan menulis blog ni..
Sebenarnya buat blog kadang2 mengambil masa yg lama coz nak  mengedit perkataan, gambar yg kita snap..kadang2 tak berapa puas hati  dengan gambar yg di snap picture..kdg2 kabur n tak terang..tambah2 time broadband slow tu yg tak berapa  nak buka blog..

Tag rakan2 yang anda nak kenal sangat..

Kalau nak ikutkan ramai yg Fie nak kenal....
Jeng..jeng ..jeng...kepada yg bertuah ni jom joint...walaupun segmen ni dah jauh ketinggalan dari blog2 lain..tak mengapa..lah janji semua happy..
                        
 Dapur Azlina@Terminal 

Dari Dapur MaDiHaA

Sinar Kehidupanku

1001 cerita, 1001 rasa

Azian Collections

 Curlybabe's satisfaction

Hanisazla@blog

After 6 am

Perjalanan ku

Izah Muffin Lover

Embun Kaseh Tercinta

My homework

Selamat Datang Ke Blog Norgadis Labuan

Ady Greatsword Kitchen Recipes

 jom masak, jom makan makan

Perjalanan Pulang

resepi dan petua

My Kuali

Moments in my life

Honey Gee's Decoupage & Folk Art

MamaDiana Punya Blog

Norli loves cake

Dapur kecil Norul

JurnalungU




Sebenarnya Fie nak kenal dgn lebih ramai lagi...org2 lain pun yg tak tersenarai  kat sini...nanti siapa2 yang nak joint...joint je ya...tak de paksaan pun yg nama2 di atas..terpulang ya...kalau ada masa free boleh joint..kalau busy tak mengapa...ok ..bicara lain episod..see u all next time..






              



                                                   
                                                     

                                                   
                                   

Sunday, April 17, 2011

Sup Gear Box



Assalamualaikum dan selamat tengahari, alhamdulillah hari ni hari cuti hujung minggu..boleh lah lepak2 kat rumah bersama familykan..Fie doakan kawan2 semua bahagia selalu. Hari ni nak kongsikan resepi Sup Gear Box...biasa makan sup gear box ni time Raya Haji je..entah kenapa le teringin nak makan coz dah lama tak makan sup macam ni..lain orang, lain cara masakannya. janji sedap ok le..jom kita layan resepi :

 Bahan2nya :

  • 1 batang tulang gear box
  • 100 gram daging cincang
  • 2sm halia  ( dimayang )
  • 2sm lengkuas  ( dimayang )
  • 3 ulas bawang merah ( ditumbuk )  *
  • 3 ulas bawang putih ( ditumbuk )   *
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam biji ( ditumbuk ) 
  • 1 bunjut  sup Adabi
  • 1 sudu besar rempah sup
  • 1 batang kulit kayu manis, bunga lawang & cengkih dan buah pelaga  *
  • 1 keping asam gelugor
  • Garam dan sedikit gula mengikut citarasa
  • Daun sup, daun bawang dan bawang goreng untuk hiasan

Cara2nya :
1. Rebus tulang dan daging cincang hingga empuk.
2. Panaskan sedikit minyak,  tumiskan bahan bertanda  * hingga naik bau.
3. Masukkan bahan bertanda * tadi dan sup bunjut dan rempah sup ke dalam periuk rebusan tulang.
4. Masukkan garam dan sedikit gula mengikut citarasa.
5. Masukkan hirisan lengkuas, halia, asam keping @ asam gelugor dan lada hitam yang ditumbuk tadi.
6. Setelah masak masukkan dalam mangkuk, taburkan hirisan daun bawang dan sup serta bawang goreng.
7. Sedap dihidangkan dengan sambal kicap. 


Selamat mencuba. 

Friday, April 8, 2011

Cucur Udang je..


Assalamualaikum dan selamat malam rakan2 alam maya..rasanya dah seminggu Fie tak buka blog..banyak benda yg nak diuruskan sampai nak buka blog pun tak sempat...malam ni boleh le buka sekejap dan menziarahi rakan2 blog.
Al-maklum le kerja2 dunia ni tak pernah tamat, tamat2 bila meninggal dunia. Hidup kat dunia ni, pejam celik, pejam celik dah nak masuk 4 bulan..sekejap je rasanya dunia ni berputar. Setiap hari bekerja untuk hidup di dunia, akhirat jangan kita lupai, kerana dunia ni ibarat sebuah ladang yang luas....kita semai, kita bajai dan kita akan dapat hasilnya ( pahala ) nanti di akhirat...takutnya...kalau cakap pasal akhirat..bila mana kita dihisab dengan setiap amalan yang kita lakukan...nikmat dunia ni sementara je...adakah semua yang meninggal dunia itu boleh hidup kembali membuat amalan semula??...oh tidak sama sekali...semuanya pergi menemui Pencipta (ALLAH)
Ok jom sama2 kita renung2kannya. Selamat Beramal..

Hari ni Fie nak kongsikan  pasal cucur udang ni..ringkas je..

Bahan2nya :

3 cawan tepung gandum
sedikit air 
secubit garam
1 biji telur ( betul2 telur tau, jangan yang palsu- sekarang isu telur palsu pulak dah..tak caya baca kosmo online )
secubit kunyit debu
secubit soda bikarbonat
10 ekor udang
minyak utk menggoreng
sedikit taugeh jika suka
daun bawang jika suka ( dipotong kecil )
secubit garam
1 labu bawang besar ( dimayang )
periuk @ kuali yg dalam untuk menggoreng
senduk bulat

Cara membuatnya :

Gaulkan semua bahan tadi biar sebati, kecuali udang.
panaskan periuk atau kuali yg agak dalam,
lepas tu masukkan minyak biar dapat tenggelamkan senduk bulat,
bila minyak dah panas, celupkan senduk ke dalam minyak (pastikan senduk kering ya )
angkat senduk berkenaan dan masukkan tepung yang telah digaul tadi ke dalam senduk bulat dan letakkan seekor udang...goreng sampai tepung cucur tu masak dan menjadi bulat.

Kemudian balikkan tepung cucur tu agar masak kedua2 belah. 
Bila dah nampak masak boleh lah di angkat..itu je..caranya macam nak buat rempeyek kacang je...

Sesuai dimakan semasa minum petang dan dicicah dengan sos cili.
ok...selamat mencuba..nanti bertemu di lain episod.
















Saturday, April 2, 2011

Kebunku


Pokok Sabung Nyawa...ulaman yg ku tanam...nak makan boleh petik je..

Khasiatnya: mengurangkan kolestrol, menurunkan tekanan darah tinggi,
merawat kulit, sembelit, pembengkakan dan byk lagi kelebihan pokok ini.


 



Keladi tanaman hiasanku.

 
Lidah buaya / Aloe vera boleh melembutkan kulit dan mengubati luka serta kudis.
Isinya boleh dibuat  pelembap pipi.

   
Nama saintifik  Piper sarmentosum / Pokok Kadok           
Daunnya boleh dibuat ulam dan untuk masakan lemak.
Boleh merawat penyakit sembelit, malaria, cacing, lemah,  sakit dalam tulang, sakit gigi,
panau dan batuk -tumbuk daun dan sapu tempat tersebut..


 
Pokok Pandan..sesuai dimasukkan dlm masakan, kuih-muih, pewangi kereta, pewangi peti ais.