Pages

Friday, December 31, 2010

Siakap 3 rasa ( masam, masin, manis )


Assalamualaikum &  selamat petang...hari ni adalah penutup bagi tahun 2010,
hari ni juga cuti sempena kemenangan bola - 
Piala AFF Suzuki ( Malaysia lawan Indonesia )
Hari ini saya ingin berkongsi masakan 
ikan Siakap 3 rasa ( ada rasa masam, masin, manis )
Di dalam hidup ni ada macam2 situasi kehidupan kadang2 rasa happy, kadang2 rasa tak happy, kadang2 ada suka, kadang2 ada duka...begitulah lumrah alam...
bagi saya alam pekerjaan...kadang2 menyeronokkan,  kadang2 menyedihkan, kadang2 tu menyakit hati...kadang2 membosankan, kadang2 memenatkan, kadang2 rasa nak berhenti je, kadang2 rasa nak bekerja keras untuk 2011

rasanya alam pembelajaran lebih menyeronokan dari alam pekerjaan...ini kerana keadaan sekeliling kadang2 tidak membantu untuk lebih cemerlang dlm hidup...namun hidup ini perlu juga digagahi untuk kebahagiaan  masa sekarang dan masa hadapan...
walau apa pun hidup perlu diteruskan jua..untuk mencapai kemanisannya. 

Antara bahan2nya:

Bahan A : Ikan
1 ekor ikan siakap sederhana saiz
1 inci kunyit hidup ( ditumbuk )
1 inci halia ( ditumbuk )
1 ulas bawang putih ( ditumbuk )
sedikit garam


Bahan B :

sedikit minyak untuk menumis
3 ulas bawang putih ( diketuk )
1 labu bawang besar ( dihiris )
1 biji lada besar merah ( dihiris )
2 biji cili padi ( dihiris )
1 biji tomato ( dibelah 4 )
sedikit nenas separuh masak ( kalau suka- dipotong dadu )
1 senduk kecil sos Thai- maggi
sedikit garam halus
secubit gula


* Sy lebih suka meletakkan secubit gula dlm masakan kerana menggantikan ajinomoto...
family sy tidak menyukainya..


Cara membuatnya :

Bahan A tadi seperti kunyit, halia dan bawang putih ditumbuk bersama sedikit garam sampai hancur. Basuh ikan sampai bersih dan dikelarkan ikan siakap ( buang sedikit sisik ikan ).
Kemudian perap ikan seketika bersama bahan yg ditumbuk.

Selepas itu panaskan minyak, pastikan minyak boleh tenggelamkan ikan. Untuk menggoreng ikan pastikan betul2 kuali tersebut panas ini kerana bagi mengelakkan daripada ikan itu melekat.
Apabila ikan sudah garing, angkat dan ketepikan.

Ambil kuali lain dan panaskan sedikit minyak untuk menumis. 
Tumis bawang putih, kemudian masukkan bawang besar, cili merah, cili padi, nenas, tomato, garam dan secubit gula. Akhir sekali masukkan sos cili Thai. Letak sedikit air.
Selepas masak angkat dan tuangkan ke atas ikan.

Itu lah resepi saya. Sekadar ingin berkongsi..

Akhir sekali untuk esok saya ucapkan Selamat Menyambut Tahun 2011, esok tarikhnya sungguh cantik 1.1.2011. Semoga  dengan dimulai  tarikh keramat ini akan menjanjikan kebahagiaan buat kita semua pada tahun 2011. Semoga tahun hadapan lebih ceria dari tahun ini.

Sekian, wassalam.
Ila liqaa, maal salamah..











Thursday, December 30, 2010

Jalan2 makan angin ke negeri Perlis dan Kedah...

                                          Sawah padi negeri Perlis - sejuk mata memandang
                                           snap picture kat kawasan rumah pengantin....


Assalamualaikum dan selamat pagi...hari ni Fie  ada sedikit masa terluang ni bolehlah nak kongsi dengan kawan2 alam maya tentang jalan2 dengan family menghabiskan saki baki cuti yg ada ...hu hu memang seronok...rasa boleh melegakan fikiran...sebelum tahun 2010 melabuhkan tirai....

Pergi ke Perlis kerana meraikan kenduri kawin kawan sekerja...kemudian Fie satu family menginap di rumah sepupu selama 2 malam... di Perlis... kemudian pd hari berikutnya pergi bermalam di Langkawi Kedah selama 1 malam je...kerana kami tak pernah sampai kat Langkawi ni, al-maklumlah asyik bercuti kat semenanjung je..

Kat Perlis tak sempat berjalan, hanya pergi ke tempat kenduri dengan pasar pagi je.  Seronok juga pasar paginya, jualan ikan memang tersangat murah, ayam pun sama cuma sayur je mahal..

                                              Ni gambar terminal Feri kat Kuala Perlis -kami naik feri kat sini..

                   gambar feri - MY FERRY 2 ni lah yg kami naik---gmbr pudar coz hujan...
                             feri besar yg boleh memuatkan seramai 400 orang...
                                    
                                                       gambar semasa tidak hujan


                                               Tengok tu Langkawi ucap Selamat Datang.
  Pulau  Langkawi sudah aman selepas terkena sumpahan MAHSURI selama tujuh keturunan....

                                               Pantai Chenang kat Pulau Langkawi


Kami naik feri dlm kul 4.smpai dlm kul 5 ptg.(1jam naik feri ) .ambil van yg disewa  dlm harga rm140 ( musim cuti semua mahal ) dan terus ke rumah penginapan kami di apartment Lagenda Kuah, dekat dengan Jeti Langkawi...ingat nak sewa homestay..tapi semua dah penuh..coz perancangan last minute..1 mlm penginapan dlm rm100.
Kami pergi seramai 6 orang, hanya bermalam shj.coz dari pagi sampai petang kami keluar berjalan je..

Bila dah letak semua beg pakaian kami pergi round2 kat Pulau Chenang waktu ptg sampai...tengok tu gmbr atas..dah nak dekat maghrib...matahari sudah terbenam..banyak dosa betui dtg pulau Chenang- coz mat saleh paling ramai buka aurat pakai bikini...seluar pendek...duk berjemur kat tepi pantai...sepupu ku bawa so kami singgah le kejap je...kat sini banyak hotel 5 bintang, hotel biasa, chalet dan byk gerai2 jualan kraftangan, spa dan serba mak nenek lagi lah..

Selepas tu kami singgah kat surau dlm perjalanan balik..solat maghrib...sunyi sepi je surau tu mcm  tak wujud je..entah nama apa surau tu..lupa nak snap picture...
Selepas solat kami pergi ke Idaman Suri....kononnye nak jalan2 tengok...mcm mane lah Idaman suri ni..tersesat tak jumpa...al-maklum le first time sampai...rupanya selepas balai polis je...dekat traffic light...ku ingatkan mcm kedai kaki lima je ....waduh2 rupanya satu bangunan tu ditulis IDAMAN SURI...pd hematku sbb apa dinamakan sedemikian ...ha ha .. rupanya kat dlm tu byk barang dapur...mcm2 le...kalau bab pinggan mangkuk, sudu garfu, tilam toto, set cadar, set cawan. dlll lagi lah...masa sampai dlm kul 8.30...tutup pukul 9.00mlm...hanya setengah jam je duk kat situ...org punyalah ramai...geram betui ku tengok...last2 beli lah juga set pinggan mangkuk...kerana hati punya pasal sgt22 berkenan...

Selepas pusing2 kat Idaman suri kami singgah kat kedai COKLAT Hj.Ismail Group....ada le beli sedikit untuk buah tangan...ada yg import dan tempatan kat situ...ada yg mahal dan murah...
Kaya betul Hj. Ismail ni...usahawan yg berjaya... byk cawangan kedainya....kat jeti pun ada...kedai pinggan mangkuk..
Selepas tu kami pulang ke tempat penginapan...dah penat betui la....
Keesokkan paginya...kami checkout kul 9.00pg...
Perancangan kami nak pergi ke Kota Mahsuri, padang Mat Sirat( tempat beras terbakar), gunung Mat Cincang, Kedai Gamat Sireh,
Idaman Suri ( ada sedikit brg nak dibeli lagi ), dataran burung Helang terbang,..balik naik feri...

       
Tengok ni waktu pagi tak de kereta pun kat jln raya...takutnya kalau kereta rosak kat sini..byk hutan...tanah masih belum diterokai...takde rumah orang pun...
Gambar kat atas tu semasa nak pergi ke Kota Mahsuri....
Kata org tua2...jauh berjln byk pengalaman....

   
Makam Mahsuri yg mati kena bunuh, kerana fitnah dan irihati...selama 191 tahun Mahsuri telah meninggalkan kita...sayu hati kami bila mmbaca kisah ceritanya....




Bacalah kisahnya....sedekahkan al-Fatihah untuknya...


Cukup lah di sini sy menceritakan kisah ini...rasa seram sejuk je...bila ingat kembali..bila lawatan kami ke rumah Mahsuri...perasaan sedih, sayu, hiba bila terkenangkan beliau...
Tak tahu le kenapa gambar yg cuba ku downloadkan gambar makamnya hanya keluar kat sini je tapi kat uploadku tak kuar...misteri...

Gambar pemandangan yg cukup indah di hadapan rumah Mahsuri...
teringin ku  berlari2 kat sawah padi coz teringat zaman kanak2...membantu ayah ibu dan datuk nenek kat bendang...sungguh indah memori lama yg sudah ditinggalkan tapi masih utuh dimemori....ha ha jiwang la pulak..



Ini gambar gunung Mat Cincang sedang tidur..cuba perhatikan betui2..Kenapa dipanggil gunung Mat Cincang belum dibuat kajian.Kalau kawan2 tahu bolehlah komen kat my entri ni ya..
Sebelah kiri : kepala..hidung yg mancung, mulut dan halkum...kat sini best jugak tapi tak sempat berjln2 coz masa teramat mencemburui kami untuk pulang coz perkhidmatan feri ada sampai ptg je..
kat sini ada kereta kabel, sampai ke puncak gunung Mat Cincang...takut tengok...nak naik pun takut coz sayup mata memandang...ada zoo...dpt tengok hidupan liar....kedai2 kraftangan....dan mcm2 lg..

Setakat ini dulu ya..byk kerja yg perlu dibereskan...kalau tak puashati tengok gambar...nanti free pergilah melawat peninggalan sejarah...yg boleh dijadikan tauladan...iaitu jangan memfitnah orang sesuka hati tanpa usul periksa dan menyelidiki dahulu sesuatu perkara sebelum menjatuhkan hukuman.
Jangan menganiayai org2 yg tidak berdosa kerana doa mereka yg teraniaya lebih makbul.....
sesuatu perkara yg berlaku pasti ada sebab musababnya..

Kalau nak pergi tinggal kat Langkawi 1 minggu baru best boleh berjalan2 melihat ciptaan ALLAH S.W.T...sambil menghabiskan duit...ha ha.. Lain kali teringin pergi lagi...kalau nak pergi kena simpan duit banyak2...almaklumlah berjalan..duit pun berjalan juga...ha ha...segala penginapan boleh dilayari kat internet untuk booking homestay dan kereta..layari www.mudah.com.my..taip je homestay langkawi...atau apartment..

ok..ila liqaa.jumpa lagi..
Wassalam ..maal salamah..






Saturday, December 25, 2010

Kerabu Mangga


 

 Assalamualaikum dan selamat petang, diharap semua pembaca  sihat sejahtera...Hari ini saya ingin berkongsi resepi tentang kerabu mangga. Kerabu mangga adalah makanan yg paling popular di Thailand. Ia mencukupi rasa sebenar kerabu Thai iaitu masam, manis, masin dan pedas yg membangkitkan selera.

Bahan2nya:

2 biji mangga muda besar @ kecil (sy guna mangga besar muda)- dibuang kulit dan diparut memanjang
2 biji bawang merah kecil (dimayang)
2 ulas bawang putih (dimayang)
1 biji cili merah  (dihiris)
4 biji cili api hijau (dihiris)
2 sudu besar kacang tanah yg telah digoreng tanpa minyak dan dibuang kulit
sedikit ikan bilis yg digoreng garing
1 biji limau nipis (diambil jus)
1 sudu kecil cuka
secubit belacan jika berminat
sedikit garam &  gula secukup rasa


Cara membuatnya:

Masukkan semua bahan ke dalam satu bekas mangkuk.
Kemudian masukkan garam,  gula,  jus limau nipis, cuka, secubit belacan dan gaul sehingga sebati.
Masukkan kacang tanah goreng tanpa perlu ditumbuk dan taburkan ikan bilis goreng.
Sedia untuk dihidangkan.

Selamat mencuba..

Wednesday, December 22, 2010

Kuih Bunga Tanjung



Assalamualaikum &  selamat petang, hari ini sy ingin berkongsi cara membuat kuih Bunga Tanjung.
Kuih bunga Tanjung merupakan sejenis kuih tradisional Melayu. Kuih ini popular di negeri Cik Siti Wan Kembang. Kuih ini biasanya dibuat hantaran sebagai makanan pemanis, pencuci mulut dan  biasanya hidangan istimewa makanan di bulan puasa.

Bahan2nya:

5 biji kuning telur ayam
3 cawan gula
4 cawan air
tepung beras pulut secukupnya


Cara membuatnya:

Gula dimasak dengan air sehingga mendidih & pekat dengan api yang sederhana.
Kuning telur dipukul sehingga kembang.
Selepas itu masukkan tepung pulut sehingga cukup untuk dibentuk. Masukkan adunan ke dalam acuan berbentuk bujur dan tekankan ke dalam air gula yang sedang dimasak tadi. Buat begini sehingga selesai. Apabila telah timbul di permukaan air gula bolehlah diangkat.
Sedia untuk dihidangkan. 

Selamat mencuba.




Monday, December 20, 2010

Sayur Kangkung goreng belacan


 Assalamualaikum, selamat tengahari...hari  ni sy nak kongsi cara masak sayur kangkung goreng belacan.

Bahan2nya :

1 ikat kangkung ( dibasuh & dipotong
- asingkan batang dgn daun )
1 ulas bawang merah *
2 ulas bawang putih *
1 sudu kecil belacan *
2 biji cili padi  *
1 genggam ikan bilis *
sedikit garam & gula mengikut citarasa
1 sudu kecil sos tiram
                                sedikit minyak utk menumis

Cara memasak :
Bahan bertanda   *   perlu ditumbuk.
Letak sedikit minyak dlm kuali, 
tumis bahan yg ditumbuk,
masukkan sedikit garam & gula
masukkan batang kangkung dahulu,
lepas tu  kacau, akhir sekali masukkan daun kangkung &
sedikit sos tiram. 
Rasa dan siap untuk dihidangkan.

Selamat mencuba.







Telur masak merah



Assalamualaikum  dan selamat petang sebagai pembuka bicara.
Hari ini sy ingin berkongsi masakan.
                                 Telur masak merah

Bahan2nya:

5 biji telur ( yg telah direbus )
4 ulas bawang putih *
1 ulas bawang merah *
sehiris halia *
5 sudu cili giling
sedikit gula melaka
sedikit garam
3 sudu besar minyak untuk menumis
1 ulas bawang besar ( untuk hiasan )

Cara memasak :

Rebus dahulu telur, apabila sudah masak buang kulit & goreng. Asingkan dlm pinggan.

Kemudian panaskan kuali, masukkan minyak
apabila kuali sudah  panas sedikit,
masukkan bahan yg bertanda *,
tumis sampai naik bau, 
kemudian masukkan cili giling,
kacau biar sedikit garing,
selepas itu, masukkan sedikit gula melaka dan secubit garam
masukkan sedikit air, biarkan mendidih,
selepas itu masukkan telur & kacau..
Bolehlah diangkat dan dihidangkan. Taburkan bawang besar yg telah digoreng atas telur masak merah.

Sekadar ingin berkongsi resepi.

Selamat mencuba.

Wassalam.











Sunday, December 19, 2010

Sotong masak serai





Assalamualaikum...selamat pagi...
Hari ni hujung minggu jadi bolehlah masak..
Pagi ni sy masak awal sikit coz tengahari ada jemputan birthday anak kawan  &  cukur jambul...
Hari ni masak simple je...Sotong masak serai


Bahan2nya:

10 ekor sotong dibersihkan &  dipotong2
1 ulas bawang merah*
4 ulas bawang putih*
2 batang serai*
1 hirisan halia*
1 hirisan kunyit*
2 biji cili padi
sedikit garam  &  gula 
sedikit minyak utk menumis

Cara memasak:

Bahan yg bertanda * perlu ditumbuk.
Panaskan kuali, lepas tu masukkan sedikit minyak.
Apabila minyak sudah panas, masukkan bahan bertumbuk tadi ke dlm kuali, goreng biar sedikit garing, selepas itu masukkan sotong, sedikit garam, gula &  cili padi.
Kacau  &  rasa.
Apabila sudah naik bau bolehlah diangkat.
Sekadar ingin berkongsi.

Selamat mencuba.

Saturday, December 18, 2010

Sayur Lemak Jagung Muda






Assalamualaikum dan selamat petang

Hari ni, sy nak kongsikan masak sayur lemak ketiak jagung..

Bahan2nye:
2 paket  jagung muda
1 paket santan 
10 biji lada hitam*
2 ulas bawang merah*
1 ekor ikan selayang @ kembung ( diambil isi mentah )
sedikit garam & gula
1 biji terung dibuang kulit ( jika ingin campur )
2 biji cili padi ( sbg hiasan )

Cara memasaknya:

Tumbuk lada hitam dahulu sampai hancur, selepas itu masukkan bawang merah ditumbuk lagi dan masukkan ikan mentah yg telah dibuang tulang...tumbuk sampai sebati.
Kemudian masukkan santan ke dalam periuk bersama jagung muda..., kacau.
Apabila sudah menggelegak masukkan benda2 yg ditumbuk tadi ke dalam periuk dan kacau.
Masukkan sedikit garam & gula.
Jika ingin dicampur dengan terung pun boleh.
Apabila sudah agak masak bolehlah diangkat & dihidangkan.

Sedap dimakan bersama nasi putih, ikan goreng kunyit dan sambal belacan. 

Selamat mencuba.







Monday, December 13, 2010

Kerabu Pucuk Paku

 

 Assalamualaikum dan selamat tengahari sebagai pembuka bicara.
Hari ini ingin berkongsi tentang masakan kerabu bersantan yang amat simple untuk dibuat.

 Bahan2nya :

1 ikat pucuk paku ( dipotong dan dicelur )
3 ulas bawang merah *
sedikit lada hitam *
3 ekor ikan selayang  ( direbus ) *
1 gelas santan ( dimasak sekejap )
sedikit kelapa ( yg digoreng masak kekuningan tanpa minyak)
sedikit gula
sedikit garam
sebelah limau nipis ( diperah airnya )
1 sudu budu ( jika berminat )
1 biji lada merah  (di hiris sbg hiasan )
1 biji bawang besar ( dihiris sbg hiasan )

Cara membuatnya :

1. Pucuk paku dipotong2 dan dicelur dlm 10 minit agar lembut
2.Rebus ikan di dalam periuk
3. Masakkan santan sekejap sambil kacau.
4. Tumbuk bahan bertanda  *
5. Apabila sudah siap tumbuk masukkan bahan yg ditumbuk ke dalam mangkuk bersama pucuk paku, gaulkan, kemudian masukkan sedikit gula, garam, air perahan limau nipis, budu, hirisan lada merah, bawang besar dan sedikit kelapa yg telah di goreng. Gaul rata.
5. Selepas itu masukkan santan yang dimasak ke dalam mangkuk berkenaan. Kacau sebati.
6. Bolehlah dihidangkan. Ianya sesuai di makan bersama nasi.

Sekadar ingin berkongsi masakan. Selamat mencuba.






Saturday, December 11, 2010

Daging masak Gulai Kerutuk


Assalamualaikum dan selamat tengahari buat kawan2 di alam maya,  hari ni hari cuti jadi boleh le main masak2 kat dapur...dan layan blog seketika. Maaf le kat kawan2 kekadang diri ini agak sibuk dengan kerja2 yg perlu dibereskan secepat mungkin sehingga tidak sempat untuk berblog. Kekadang juga kesihatan tidak berapa mengizinkan....masih muda tetapi kadang2 tak sihat....itulah anugerah Ilahi...terima le dengan jiwa tenang...

Bahan2nya:

1/2 kg daging
1/2 kg santan
sedikit kerisik
1 paket kecil rempah kerutuk (campur sedikit air hingga menjadi pes)
6 ulas bawang merah*
5 ulas bawang putih *
1 inci halia *
1 sudu cili giling
1 batang kayu manis
2 biji bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
5 biji buah pelaga
2 biji kentang (potong 4)
1 biji terung
1 biji carrot
sedikit gula Melaka @ nisan 
sedikit gula
sedikit garam
sedikit asam jawa
1 keping asam gelugor
1 senduk kecil minyak masak untuk menumis

Cara memasak 

- Bahan bertanda * perlu diblenderkan
- Panaskan minyak dan tumis bawang putih, bawang merah, halia biar sedikit garing.
- Masukkan rempah kasar iaitu kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih dan pelaga. Kemudian masukkan rempah kerutuk.Tumis hingga pecah minyak.

-Kemudian masukkan daging. Masak dengan api sederhana agar daging tidak liat.Tutup seketika dengan tudung periuk.
Selepas itu masukkan santan, kentang, carrot dan kacau seketika hingga pecah minyak.

- Masukkan sedikit gula Melaka, garam dan sedikit gula. Di samping itu masukkan 1 keping asam gelugor dan sedikit asam jawa baru caw punye.... Masukkan pula sedikit kerisik  agar kuah pekat. Last sekali masukkan terung. Masak sehingga naik bau dan bolehlah angkat.

Selepas itu boleh le dihidangkan. Boleh dimakan bersama nasi putih, nasi minyak, nasi beriani, roti dan pulut kuning.


Resepi ini ku belajar daripada Mama ku...masa ku masih di bangku sekolah lagi...tak sia2 belajar...sekarang leh main masak2...syukran Mama ku kerana mengajar erti hidup berdikari semasa usia muda remaja.

Selamat mencuba.









Wednesday, December 8, 2010

Daging goreng kunyit



Ini adalah masakan malam semalam, Fie tak sempat nak masukkan kerana agak sibuk...Bolehlah cuba kerana tak susah mana pun...

Bahan2nya :
sedikit daging ( dihiris nipis ) 
1/2 inci halia *
2 ulas bawang putih *
1 ulas bawang merah *
sedikit kunyit hidup *
sedikit garam *
2 sudu sos cili Thai
1 ulas bawang besar ( dihiris )
1 biji lada merah untuk hiasan
1 biji tomato di belah 4 untuk hiasan
sedikit bunga kubis ( dihiris )
sedikit minyak untuk menggoreng


Cara memasak :

Semua yg bertanda * ditumbuk sampai halus,
kemudian bahan2 yg ditumbuk digaulkan dengan daging,
selepas digaul masukkan daging tersebut ke dalam kuali tanpa minyak, apabila air daging agak kering, barulah masukkan sedikit minyak.
Kacau daging, biarkan masak dan empuk dengan api sederhana.
Apabila daging sudah empuk, masukkan sos cili Thai, bawang besar, lada merah, bunga kubis dan tomato. Kacau dan biarkan seketika.
Kemudian bolehlah angkat dan dihidangkan. Makan bersama nasi panas lagi best...

Selamat mencuba...

Monday, December 6, 2010

SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH 1432 Hijrah

    
           Sama2lah kita menghayati terjemahan ayat2 suci                 AL-QURAN...agar kita insaf.


Assalamualaikum...dan selamat malam...

Selamat menyambut Maal Hijrah 1432 Hijrah.

Peristiwa Hijrah Rasulullah bersama sahabat dari Kota Mekah ke Kota Madinah yg mengajar kita seribu satu macam hikmah dan matlamat.
Peristiwa Hijrah Rasulullah S.A.W dari Makkah ke Madinah merupakan titik tolak perpindahan daripada kesengsaraan kepada kegemilangan Islam yg mana akhirnya membawa kepada ketamadunan Islam yang menjadi simbol keagungan di mata dunia.

Allah memerintahkan umat manusia untuk hidup selamat di dunia, hijrah Rasul S.A.W. telah menjadi pemangkin kepada kekuatan untuk membina umat, tema sambutan tahun ini iaitu "SATU UMMAH SATU MATLAMAT" menepati tuntutan Islam sendiri kerana Rasul telah membina Wahdatul Ummah sebaik sahaja sampai ke Madinah.

Kita sebagai umat perlu :

-Berpindah dari keburukan ke arah kebaikan..agar menjadi ummat yg berjaya fi duraini ( 2 alam) - di dunia dan akhirat.
-Berhijrah dari kelemahan jiwa ke arah kekuatan jiwa dan rohani.
-Berkorban dan menwujudkan masyarakat Islam yg kental, tahan diuji dan berupaya menjadi contoh tauladan kepada masyarakat lain.
- Membuat perubahan diri ke arah yg lebih baik dari tahun2 yg telah lepas.
-Komited dgn tugas2 kita sebagai umat akhir zaman.
-Tali persaudaraan yg dianjurkan oleh nabi semasa peristiwa hijrah untuk menjadi umat yg gemilang "Khaira Ummah"- dikagumi semua orang, kawan dan lawan. Ini bermakna, umat perlu bersatu...yakni bersatu atas  nama Islam.
-Umat Islam perlu berpandukan kepada AL-QURAN sebagai sumber rujukan dlm menyelesaikan segala permasalahan yg dihadapi.

Allah berfirman yg bermaksud:

Orang yg beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah dengan harta benda dan diri mereka, adalah lebih tinggi darjatnya di sisi Allah dan itulah orang2 yg mendapat kemenangan. Tuhan mereka menggembirakan mereka dengan memberi rahmat kepadanya, keredhaan dan syurga, mereka memperoleh di dalamnya kesenangan yang kekal.   - surah At-Taubah ayat 20-21


Sekian WASSALAM.