Pages

Monday, November 29, 2010

Resepi panjang umur dan dimurahkan rezeki

                                            Perjalanan hidup perlu diteruskan...

Resepi panjang umur dan dimurahkan rezeki


Assalamualaikum dan selamat pagi..

     Setiap orang yang hidup kat dunia ni sememangnya ingin hidup bahagia dengan panjang umur dan dimurahkan rezeki di dalam kehidupannya. Mungkin juga ada yang meminta pada Allah agar dipendekkan umur kerana tidak tahan hidup di dunia, mungkin kerana penyakit yang ditanggung, mungkin kerana hidup dlm kemiskinan, mungkin kerana kepasrahan hidup, mungkin kerana sudah tiada hala tuju, mungkin juga baginya tiada kebahagiaan lagi, maka diminta dipendekkan umur…
           Hidup di dunia adalah sementara,tempat menabur benih utk mendapat hasil di ladang akhirat. Kehidupan ini banyak dugaan dan cabaran, tanpa dugaan dan cabaran maka tidak bermakna kehidupan..setiap kegagalan dalam hidup pasti ada kejayaannya jika kita sentiasa memuhasabah diri kita ke arah yang lebih baik..Resepinya…usaha, doa dan tawakkal.
        Tidak semua orang yang berjaya di dunia ini, dia tidak pernah menempuh kegagalan. Sebenarnya kegagalan lebih membangkitkan kejayaan demi kejayaan…jangan mudah putus asa…ha ha..saya juga pernah gagal dalam peperiksaan…saya bangkit dan terus bangkit…al-hamdulillah saya telah berjaya dan bahagia dalam hidup..berkat usaha doa dan tawakkal.


Di sini saya ingin berkongsi petua panjang umur dan murah rezeki…mudah je

1. Sentiasa murah dengan senyuman walaupun orang tak suka  dengan kita

2. Sentiasa memberi salam, kerana dengan salam kita sentiasa berada dalam doa

3. Sentiasa menghubungkan silaturrahim saudara mara, jiran tetangga, sahabat handai, kawan2 dan kaum lain tidak kira bangsa, agama, adat dan keturunan.

4. Sentiasa bersedekah tanpa orang lain mengetahui.


Hadis: Daripada Anas bin Malik r.a katanya, dia mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda:


"Sesiapa yang ingin supaya dimudahkan (Allah) rezekinya atau dipanjangkan (Allah) umurnya, maka hendaklah dia menghubungkan silaturrahim (hubungan kasih sayang)."
 - ( diriwayatkan oleh Bukhari)


Makna di sebalik silaturrahim,

Silaturrahim berasal dari bahasa Arab yang bermaksud menghubungkan tali persaudaraan & kasih sayang. Silaturrahim merupakan suatu ikatan yang suci yang menuntut kita sebagai umat Islam sentiasa menjaganya. 

Seseorang itu tidak dikatakan beriman selagi ia tidak mengasihi saudaranya sebagaimana ia mengasihi dirinya sendiri.

Semua manusia tidak mampu dan tidak boleh hidup keseorangan tanpa bergantung harap dan menerima kasih sayang daripada orang lain. Maka jalinan silaturrahim adalah amat penting, bagi sesebuah masyarakat itu hidup lebih cemerlang dan berjaya. Di samping itu,  akan melahirkan masyarakat yang bertamadun dengan mempunyai nilai2 kasih sayang sejagat. 

 Makna disebalik sedekah- iaitu memberi

Bersedekah merupakan satu perbuatan yang baik dan dipandang sangat tinggi disisi Allah dan juga dimuliakan dalam Islam. Allah akan melipatgandakan pahala orang yang bersedekah dan rugilah orang yang tidak mengambil peluang untuk bersedekah semasa hayatnya.

 

Kita perlu bersedekah menurut kemampuan,

orang kaya bersedekah cara orang kaya, manakala orang yang kurang berkemampuan boleh bersedekah dengan cara mereka. Ini disebabkan ada banyak ruang yang begitu luas untuk bersedekah di dunia ini.

Jika kita pergi ke mana2 mesti ada yang meminta diberikan ihsan duit untuk mereka, tetapi ada juga yang menipu di dalam meminta sedekah…itu dia dengan Allah le. Dosa pahala dia tanggung.. tugas kita memberi walaupun sedikit, jangan sesekali mengherdik mereka, kerana mereka juga makhluk Allah yang perlu kita kasihi.


Sentiasalah bersangka baik dengan Allah, kerana Allah hendak memberi pahala kepada kita apabila peminta sedekah meminta dengan kita…tak perlu kita mencari jauh pergi ke sana ke mari untuk memberi sedekah…

Rezeki akan datang mencurah-curah dari Allah jika kita ringankan tangan utk bersedekah.


Firman Allah S.W.T:

Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, pasti akan ditunjuki kepada mereka jalan keluar. Dan diberi rezeki kepada mereka daripada jalan yang tidak disangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, maka Allah akan mencukupi baginya.
( Surah Al-Talaq: ayat 2-3)

 

Saya berpesan pada diri akan senantiasa memuhasabah diri yang banyak kekurangan ini….dan saya meminta semua kekawan cuba memuhasabah diri…agar hidup tenang setenangnya dan diredhai ALLAH…

Tiada guna wang berbilion ringgit jika gelodak jiwa melanda diri,

tiada guna kemewahan yang ada jika hati tidak bersih dan suci,

tiada guna kehidupan ini jika kita lalai,

Kelalaian sesaat boleh membinasakan diri,

Tiada guna kehidupan ini jika tiada keikhlasan hati di sanubari…

Sekian, wassalam.












































































Saturday, November 27, 2010

Jalan2 & ziarah ke Ekspo CHENG HO 2010 -Kelantan



Assalamualaikum dan selamat pagi

Cuti ni sy sempat turun ke negeri Cik Siti Wan Kembang utk majlis kenduri member lama sambil tu smpt r utk m'jengah ekspo yg diadakan di Stadium Sultan Mohamad ke-IV...saje je nak ziarah & menghubungkan silaturrahim dengan rakyat negara China sambil m'ghabiskan cuti yg masih b'baki ni..
Ekspo ni bermula pada 14 - 19 Zulhijjah 1431 H ( 21 - 26 November 2010 )
Meriah betul ekspo tu..tambah2 hari cuti hujung minggu bagi negeri itu dan musim cuti sekolah.

Antara yg menarik d sana seperti:
- Pameran sejarah Cheng Ho
- Perniagaan Tempatan & Antarabangsa
- Al-Quran Bersalut Emas Berusia 500Tahun Bernilai 60 Juta US
- Al-Quran 500 kaki Terpanjang Di Dunia
- Rawatan Diabetes Cara Alternatif
- Produk Halal Dari China
- Masakan Cina Islam Xinjiang
- Pameran Seni Khat Dari China
- Persembahan Akrobatik oleh Adili Wukor 'King Skywalker' Pemegang Rekod Dunia
dan yang glamour Shaolin Kung Fu Master
-Rawatan Herba DNA
-dan bermacam2 lagi


Antara koleksi gambar yang sempat diambil :
                                
                                                             Barangan yang dijual...

                                            
                                                          Comel betul...tapi tak beli 


                                                                   Pasu bunga






                            Cantik sungguh tulisan Khat ni...dulu belajar juga tapi tak sempat khatam..



                     
                             Ramai betul pengunjung yang datang....meriah dengan pelbagai kaum....




                                            
                                                          Wau bulan turut dijual....



                                    
                                                          Pedang samurai pun dijual...



                                                               Gambar  dari pamplet
                                    Persembahan Akrobatik oleh Adili Wukor 'King Skywalker'
                                                           Pemegang Rekod Dunia


                                                          Gambar dari pamplet
                                        Gambar sebelah kiri - Adili Wukor 'King Skywalker'
                                        Gambar sebelah kanan - Shaolin Kung Fu Master
                                      


Depan baju
Baju yang dijual
                                        
                                               Belakang baju Cheng Ho versi merah


                                
                                   Gambar dari blog Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat -tq

                           
                  Gambar dari blog Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat -tq.                                        


                               Akhir kalam, itu aje lah yang dapat dikongsi bersama...wassalam.

                        


Wednesday, November 24, 2010

Kuih Tradisional Kelantan - Jala Mas

                               
 Assalamualaikum...                                                                   
 Petang ni saya ingin berkongsi dengan teman-teman tentang cara membuat salah satu kuih tradisional Kelantan iaitu kuih Jala Mas.... Mengapa diberikan nama sedemikian rupa? Kerana kuih ini warnanya kekuning-kuningan seperti emas. Kuih ini agak manis...tidak sesuai untuk mereka yang ada penyakit kencing manis...tapi kalau nak cuba sekali sekala boleh je...                                                                                                     

Bahan-bahan:
- 12 biji telur itik @ telur ayam – ambil kuningnya sahaja
- 2 gelas besar air
- 500 gm gula
- sehelai daun pandan
- daun pisang @ acuan roti jala

Cara membuatnya :

- Panaskan air dalam periuk, masukkan gula bersama daun pandan.
- Biarkan mendidih sehingga gula cair sepenuhnya.
- Pukul kuning telur itik @ telur ayam dan masukkan ke dalam acuan roti jala @daun pisang digulung, hujung daun pisang biar menjadi lubang kecil. Perlahan-lahan goncang acuan hingga kuning telur tadi tenggelam ke dalam air gula.
Kuning telur akan membentuk jaringan. Gunakan lidi untuk menyatukan jaringan tadi membentuk jala.
Tos dan hidangkan.
Selamat mencuba.



Monday, November 22, 2010

Nasi goreng kunyit


Resipi dari mama:

Bahan-bahan:

1 pot nasi putih yang telah dimasak
3 ulas bawang putih*
1 ulas bawang merah*
sedikit kunyit hidup *
sedikit serai (dihiris) *
sedikit daun limau purut (dimayang)
4 biji cili *
sedikit ikan bilis
sedikit sayur lobak / bunga kubis
sedikit ayam / daging
sedikit minyak untuk menumis
sedikit garam & gula

Cara masakan:

Semua bahan bertanda  *  ditumbuk,
kemudian masukkan sedikit minyak untuk menumis,
masukkan bahan yang bertanda  * , goreng biar sedikit garing,
masukkan ayam/daging, kemudian sedikit garam dan sedikit gula,
 selepas itu masukkan nasi putih yang telah dimasak, kacau biar sebati.
Selepas tu masukkan sayur, daun limau purut
Angkat untuk dihidangkan...
Kemudian goreng ikan bilis biar garing dan tabur pada nasi goreng
Ringkas je caranye...
Selamat mencuba...


Tuesday, November 16, 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua kawan2...Hari Raya Qurban- satu pengorbanan untuk mencari redha ALLAH S.W.T...SELAMAT BERKORBAN...

Hikmah Korban; sumber dari buku Sabil al-Muhtadin terbitan Telaga Biru Sdn Bhd


Hikmah Korban
Korban dan akikah merupakan ibadah dan amalan yang mulia dan penting dalam Islam kerana amat besar fadilat dan implikasinya. Malangnya masih ramai orang yang samar-samar atau kabur kefahaman terhadapnya. Tidak kurang yang memandang ringan terhadap ibadah ini. Mereka mempunyai kemampuan tetapi tidak mahu melakukan penyembelihan korban dan akikah ini.


Penjelasan dan pengisian yang terkandung dalam kitab ini dapat membantu kefahaman masyarakat tentang ibadah korban serta akikah. Malah akan timbul keinginan atau meningkatkan kesungguhan untuk sama-sama mencari pahala daripada kedua-dua ibadah ini.


Antara persoalan yang sering terdengar dalam masyarakat ialah:
• Apakah sebenarnya korban dan akikah itu?
• Apakah perbezaan antara korban dan akikah?
• Apakah hukum melakukannya?
• Berapa kali kita dituntut melakukan korban sepanjang hayat kita?
• Apakah syarat-syarat binatang yang hendak dikorbankan?
• Bolehkah seekor lembu dikongsi sebahagian untuk korban dan sebahagian lagi untuk akikah?
• Apakah hikmah atau faedah yang bakal diperolehi kerana melakukan kedua-dua ibadah itu?


Penyembelihan Korban
Korban ialah penyembelihan binatang yang dilakukan pada Hari Raya Haji (selepas solat sunat Aidiladha) dan pada tiga hari tasyrik berikutnya iaitu pada 11, 12 dan 13 Zulhijah. Korban hendaklah diniatkan sebagai ibadah kepada Allah SWT dan tidak boleh untuk tujuan selain itu. Syiar ini adalah sebagai menghidupkan syariat Nabi Allah Ibrahim a.s. yang kemudiannya disyariatkan kepada Nabi Muhammad SAW.


Allah SWT berfirman yang bermaksud:
“Dan telah Kami jadikan unta-unta itu sebahagian daripada syiar Allah, kamu memperolehi kebaikan yang banyak daripadanya, maka sebutlah nama Allah ketika kamu menyembelihnya dalam keadaan berdiri (dan telah diikat). Kemudian apabila telah rebah (mati), maka makanlah sebahagiannya dan beri makanlah orang yang rela dengan apa yang ada padanya (yang tidak memintaminta) dan orang yang meminta. Demikianlah Kami telah menundukkan unta-unta itu kepada kamu, mudah-mudahan kamu bersyukur.”
(Surah al-Hajj 22: 36)


“Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan berkorbanlah.”
(Surah al-Kawthar 108: 2)


Daripada Aisyah r.ha. Nabi Muhammad SAW telah bersabda yang bermaksud:
“Tiada suatu amalan yang dilakukan oleh manusia pada Hari Raya Korban, yang lebih dicintai Allah selain daripada menyembelih haiwan korban. Sesungguhnya haiwan korban itu pada hari kiamat kelak akan datang berserta dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya, dan sesungguhnya sebelum darah korban itu menyentuh tanah, ia (pahalanya) telah diterima di sisi Allah, maka beruntunglah kamu semua dengan (pahala) korban itu.”
(Riwayat al-Tirmizi, Ibn Majah dan al-Hakim)


Zaid bin Arqam berkata: “Mereka telah bertanya, Wahai Rasulullah, apakah udhiyyah (korban) itu?Nabi Muhammad SAW menjawab: Ia sunnah bagi bapa kamu Nabi Ibrahim.Mereka bertanya lagi: Apakah ia untuk kita?Rasulullah SAW menjawab: Dengan tiap-tiap helai bulu satu kebaikan.Mereka bertanya: Bagaimana bulu yang halus pula?Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Dengan tiap-tiap helai bulu yang halus itu satu kebaikan.
(Riwayat Ahmad dan Ibn Majah)


Hukum Korban
Korban hukumnya sunat mu’akkad (sunat yang dituntut) atas orang yang memenuhi syarat-syarat seperti berikut:
• Islam.
• Merdeka (bukan hamba).
• Baligh lagi berakal.
• Mampu untuk berkorban.


Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Aku disuruh berkorban dan ia sunat bagi kamu.”
(Riwayat al-Tirmizi)


 “Telah diwajibkan kepadaku korban dan tidak wajib bagi kamu.”
(Riwayat al-Daruqutni)


Walaupun hukum berkorban itu sunat tetapi ia boleh bertukar menjadi wajib jika dinazarkan. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Sesiapa yang bernazar untuk melakukan taat kepada Allah, maka hendaklah dia melakukannya.”


Hikmah Dan Fadilat Korban
• Menghidupkan sunnah Nabi Allah Ibrahim a.s.
• Mendidik jiwa ke arah takwa dan mendekatkan diri kepada Allah SWT.
• Mengikis sifat tamak dan mewujudkan sifat murah hati mahu berbelanja harta ke jalan Allah SWT.
• Menghapuskan dosa dan mengharap keredaan Allah SWT.
• Menjalinkan hubungan kasih sayang sesama manusia terutama antara golongan berada dengan golongan yang kurang bernasib baik.
• Akan memperolehi kenderaan atau tunggangan ketika meniti titian al-Sirat al-Mustaqim di akhirat kelak.


Sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud:
“Muliakanlah korban kamu kerana ia menjadi tunggangan kamu meniti titian pada hari kiamat.

Saturday, November 13, 2010

Somtam ala-Thai

Assalamualaikum dan selamat petang.....

Hari ini saya nak berkongsi tentang cara-cara membuat somtam, iaitu sejenis pencuci mulut yang digemari ramai terutama di negeri Kelantan....

Bahan-Bahan:
- 3 ulas bawang putih
- ½ biji betik muda
- 1 biji tomato merah (belah 6)
- sedikit kacang tanah yang telah digoreng tanpa minyak
- sedikit udang kering kecil
- 3 biji cili padi (ikut selera kalau nak pedas letaklah 5 biji)
- 3 sudu kicap sotong
- 3 sudu gula kabung (warna putih dan likat)
- sedikit garam
- 3 sudu jus limau nipis
- sebelah limau nipis (hiasan)
- sedikit kacang panjang
- kangkung (hiasan) tak letak pun tak pe

Cara membuatnya:
1. Betik diparut memanjang.
2. Masukkan bawang putih dan cili padi ke dalam lesung kayu @ lesung biasa dan perlu tumbuk kasar.
3. Masukkan gula kabung, garam, jus limau nipis dan kicap sotong, gaul biar sebati.
4. Masukkan kacang tanah yang telah dibuang kulit bersama kacang panjang, kemudian tumbuk kasar. Selepas itu masukkan betik yang telah diparut dan tomato merah, gaul biar sebati.Tumbuk sekejap je,  jangan hancur.
5. Tuangkan ke dalam pinggan untuk dihidangkan.
Bolehlah dihidangkan bersama kangkung.


Selamat mencuba ye....




Monday, November 8, 2010

Asam pedas ikan gelama mak eloi2


Assalamualaikum... dan selamat malam...

Malam ni saya nak kongsikan cara masak asam pedas ikan gelama tanpa menggunakan minyak...ini adalah makanan diet bagi yang hendak berdiet la. hehe...
Masa kecil2 dulu memang suka sangat tolong mama masak kat dapur...dapatlah korek resepi mama...saje je suka-suka nak main masak2 waktu malam... harap kawan2 sudi mencubanye...


Bahan-bahan :
- 2 ekor ikan gelama mak eloi2
- sedikit lengkuas tua*
- sedikit halia muda*
- sedikit kunyit muda*
- 2 ulas bawang besar*
- 4 ulas bawang putih*
- 1 batang serai (diketuk2)
- 4 biji cili padi*
- 1 keping asam gelugor
- 2 sudu cili giling@cili boh
- 1 biji lada hijau (hiasan)
- 1 bunga kantan
- daun kesum...lagi banyak lagi best...

Cara membuatnya:
Blenderkan semua bahan bertanda *.....atau kalau rajin nak tumbuk pun boleh, letak sedikit air sebelum kisar...
Masukkan sedikit air ke dalam periuk, lepas tu letak bahan yang dikisar tadi bersama ikan gelama..masukkan garam dan sedikit je gula (mengikut citarasa), asam gelugor, cili giling, bunga kantan, daun kesum...biarkan seketika..bila dah naik bau boleh le tutup api gas..mudah dan ringkas masakan ni...tanpa perlu menggunakan minyak.....selamat mencuba...
.....sekadar ingin berkongsi...fie..

Sunday, November 7, 2010

Solok Lada

pic by pak google

Assalamualaikum dan selamat malam, kali ni saya nak berkongsi cara membuat solok lada, ianya sesuai dimakan bersama nasi putih atau nasi kerabu. Kalau dimakan bersama sayur masak lemak...mesti best punye jika ditambah sambal belacan.

Antara bahan-bahannya ialah:

Solok Lada:
- 8 biji lada hijau besar @ lada hijau (Thai)
- 3 ekor ikan kembung/selayang mentah diambil isinya
- 4 ulas bawang merah
- 1 sudu kecil garam
- 1 sudu kecil gula
- segenggam kelapa parut/mesin yang berwarna putih
- 1 cawan santan cair

Cara membuatnya:
- Lada dibasuh dan dibelah tengah jangan terputus,kemudian buangkan semua biji lada berkenaan.

- Ambil bawang merah tumbuk sampai hancur, kemudian masukkan garam, gula secukup rasa dan ikan mentah yang telah dibuang tulang tadi, dan akhir sekali masukkan kelapa parut putih. Ianya perlu ditumbuk biar sebati.

- Selepas itu masukkan bahan yang ditumbuk tadi ke dalam perut lada hijau.Apabila semua sudah siap,masukkan kesemua lada tersebut dalam periuk dan dimasukkan secawan santan cair.Taburkan sedikit garam.Rebus sekejap dengan api sederhana.

- Bila dah agak kering, bolehlah diangkat dan dihidangkan..

Selamat mencuba...

Saturday, November 6, 2010

Azab bagi wanita

Sumber dari Tok Wan Aji (rakan fb)

Assalamualaikum  dan selamat tengahari kawan2... k.fie telah memperoleh artikel ini daripada rakan facebook yang meminta dikongsikan bersama dengan kawan2 lain...

Kawan-kawan,
Renungan khususnya untuk para wanita, termasuk diriku sendiri...
Sayidina Ali r.a menceritakan suatu ketika melihat Rasulullah saw menangis ketika dia datang bersama Fatimah. Lalu keduanya bertanya mengapa Rasulullah saw menangis.

Baginda menjawab:
"Pada malam aku di-isra'- kan , aku melihat perempuan-perempuan yang sedang diseksa dengan berbagai seksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis. Kerana, menyaksikan seksaan yang sangat berat dan mengerikan.

Puteri Rasulullah saw kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya.

Rasulullah menjawab:
* Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih.
* Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya.
* Aku lihat perempuan tergantung kedua kakinya dengan terikat tangannya sampai ke ubun-ubunnya, dihulurkan ular dan kala jengking.
* Dan aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri.
* Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta, dimasukkan ke dalam peti yang dibuat dari api neraka, otaknya keluar dari lubang hidung, badannya berbau busuk kerana penyakit sopak dan kusta.
* Aku lihat perempuan yang badannya seperti himar, beribu-ribu kesengsaraan dihadapinya.
* Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar dari duburnya sementara malaikat memukulnya dengan pentung dari api neraka," kata Nabi saw.

Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka diseksa seperti itu?

* Rasulullah menjawab, "Wahai puteriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya.
* Perempuan yang digantung susunya adalah isteri yang 'mengotori' tempat tidurnya.
* Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan yang tidak taat kepada suaminya, ia keluar rumah tanpa izin suaminya, dan perempuan yang tidak mahu mandi suci dari haid dan nifas.
* Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah kerana ia berhias untuk lelaki yang bukan muhrimnya dan suka mengumpat orang lain.
* Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka kerana ia memperkenalkan dirinya kepada orang yang kepada orang lain bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat laki-laki yang bukan muhrimnya.
* Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya diulurkan ular dan kala jengking kepadanya kerana dia boleh solat tapi tidak mengamalkannya dan tidak mahu mandi junub.
* Perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah tukang pengumpat dan pendusta. Perempuan yang menyerupai anjing ialah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami.
"Mendengar itu, Sayidina Ali dan Fatimah Az-Zahra pun turut menangis.

Dan inilah peringatan kepada kaum perempuan.
Muhasabah diri, hiasi peribadi..

Friday, November 5, 2010

Rahsia Tapak Tangan



Assalamualaikum...entah macam mana hari ni nak bersiaran lama cikit sebab cuti le punya pasal, biasa sibuk dengan kerjaya...hari ni juga Kak Fie akan berkongsi pasal rahsia tapak tangan......hanya ingin berkongsi....mungkin dah ada yang tahu....tak mengapalah dikongsikan buat yang tak tahu.....

Di tapak tangan kita ada satu keajaiban yang tak ternilai oleh wang ringgit..Subhanallah..Maha Suci ALLAH...betapa sayangnya ALLAH pada kita...ada bilangan nama-nama ALLAH (asmaul-Husna)

Cuba perhatikan betul2 sebelah kanan nombor 18 - bahasa Arab, sebelah kiri nombor 81..... Apabila kita campurkan tangan kanan 18 + tangan kiri 81 = jawabnya 99 nama ALLAH...
Sesiapa yang baru nak belajar nombor arab bolehlah rujuk AL-QURAN...ada banyak nombor2 arab....

Subhanallah, ALLAH SAYANGKAN KITA....

Adakah kita masih tidak percaya lagi bahawa ALLAH lah segala-galanya di dunia ini...kita hanya mampu berdiri, berjalan, bercakap, menulis, membaca, melihat, bergerak dan segala-galanya dengan kuasa ALLAH...tanpa-NYA siapalah kita di bumi ini...

Macam bertazkirah la pula...sebenarnya diri ini pun banyak kekurangan...banyak yang perlu diperbaiki....kita sama-samalah perbaiki....
Itu ajelah yang ingin dikongsi...lain kali bercerita lagi...

Teringin menyelami bidang Refleksologi tentang urat saraf dan diri sendiri..
 
Diri ini masih banyak yang perlu dipelajari....bidang masakan memang minat sangat, bidang penulisan pun, bidang jahitan pun...waduh2 banyak benda kat dunia ni yang perlu diterokai....

Sekian...wassalam...jumpa lagi..

Balasan Orang yang melewatkan Solat

(Gambar sekadar hiasan)

بسم الله الرحمن الرحيم
Suatu cerita yang telah berlaku beberapa tahun dulu di Makkah …Kisah Benar … kisah yang boleh kita renungkan bersama serta jadikan panduan dalam diri kita ini. Kisah yang anda baca ini bukannya datang dari majalah Mastika atau majalah2 tabloid tetapi kisah dari tanah perkuburan Sa’raya, Makkah.

Pada beberapa tahun dahulu ada seorang perempuan yang berumur 40an telah meninggal dunia. Penduduk Mekah telah mengusung jenazah beliau untuk di kebumikan di tanah perkuburan Al Ma’ala yakni lebih kurang 2 kilometer dari Masjidil Haram selepas solat Zuhur.

Apabila sampai sahaja di tanah perkuburan tersebut, alangkah terperanjatnya mereka bila mendapati seekor ular yang berwarna Hitam sebesar peha bersisik tebal telah berada di dalam liang lahad (dalam kubur tersebut). Subhanallah … keadaan ular tersebut amat menggerunkan.

Mereka pun terus berlalu dari situ dan membawa jenazah wanita tersebut ke tanah perkuburan yang lain yakni di tanah perkuburan Sa’raya lebih kurang setengah jam memandu dari situ (8 km Jauhnya) . Apabila mereka sampai di tanah perkuburan tersebut, rupa-rupanya Ular Hitam yang sama juga telah menunggu jenazah wanita yang ingin dikebumikan di situ.

Allahuakbar … mereka mengambil keputusan untuk memindahkan serta mengangkat ular tersebut dan letakkan di luar yakni berjauhan sedikit dari kawasan tersebut dan mengkebumikan jenazah wanita itu (yang peliknya Ular Hitam itu tidak melakukan apa-apa bila disentuh oleh mereka). 

Selepas sahaja mereka mengkebumikan mayat wanita itu, tiba-tiba Ular Hitam yang diletakkan berjauhan dari situ terus datang menjalar dengan pantas dan masuk meluru ke dalam kubur wanita itu. MasyaAllah (seperti menjunam kedalam swimming pool dari atas – keadaan sewaktu ular itu masuk ke dalam kubur).

Dengan beberapa seketika mereka mendengar bunyi seperti dahan-dahan pokok yang dipatah-patahkan dan apabila mereka melihat ke dalam kubur wanita tersebut, alangkah terperanjatnya kerana Ular Hitam sedang membelit jenazah wanita itu serta mematah matahkan tulang jenazah itu … Subhanallah. Ada beberapa orang yang berada di persekitaran kubur itu turut pengsan melihat kejadian itu. Selepas diselidiki kenapa perkara tersebut boleh terjadi, rupa-rupanya sewaktu hayatnya, wanita tersebut suka melewat lewatkan Solatnya.

Marilah kita ambil iktibar dan pedoman dari kejadian ini. Semoga Allah swt kuatkan iman kita dalam mendirikan solat 5 waktu daripada gangguan syaitan dan iblis insyaAllah. Ini baru seksaan di dunia akibat melewatkan solat….Bagaimana kalau tak solat…..sungguh menakutkan..jom kita buat jadual solat...dan mengikutinya..sesi muhasabah diri.

Thursday, November 4, 2010

Hari Jumaat Menjadi Iktibar


Assalamualaikum dan selamat tengahari kawan2..
hari ni bukan ingin berkongsi masakan tapi ingin kak Fie kongsikan tentang jangan pandang belakang.....(dari email seorng teman baikku.. , tq kak Ena)
Artikel yang bagus untuk buat pengajaran dan peringatan… kebanyakan tanda2 kat bawah nie dah terjadi kat dunia sekarang…

insaf btul bila baca huhuuu… tentang
HARI JUMAAT

(27-11-2009) Hari raya aidiladha "hari Jumaat"

(18-12-2009) Tahun baru hijrah "hari Jumaat"

(25-12-2009) Hari krismas "hari Jumaat"

(1-1-2010) Tahun baru "hari Jumaat"

(26-2-2010) Maulidur rasul "hari Jumaat"

(2-4-2010) Good friday "hari Jumaat"

(28-5-2010) Hari wesak "hari Jumaat"

(10-9-2010) Hari raya Aidilfitri "hari Jumaat"

(27-8-2010) Nuzul Al-Quran "hari Jumaat"

(5-11-2010) Depavali "hari Jumaat"


Adakah
KIAMAT sudah hampir????
Dalam Al-Quran Allah telah berfirman bahawasanya
KIAMAT terjadi HARI JUMAAT!!!!

Banyak² kita beristighfar dan berdoa pada Allah semoga dosa² kita diampuni..

22 Tanda Kiamat Semakin Hampir

1. Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan ).

2. Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui internet, iklan, buku, gambar, risalah atau filem.

3. Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.

4. Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk membezakan perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.

5. Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang.

6. Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.

7. Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.

8. Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.

9. Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan kepada perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.

10. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain.

11. Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan).

12. Kawan baik dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan baik. Kawan disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikan.

13. Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi.

14. Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang masjid yang berharga.

15. Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam sembahyang berjanji akan mengikut suruhan Allah tetapi di luar sembahyang melanggar perintahNya,

16. Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta.

17. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya.

18. Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama.

19. Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah.

20. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela serta menyebarkannya.

21. Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan yang baik).

22. Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah.

Dunia Di Penghujung Nyawa
1) Penaklukan Baitulmuqaddis.

Dari Auf b. Malik r.a. katanya,Rasulullah s.a.w telah bersabda:

'Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat.'Baginda menyebutkan salah 1 diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis. '
- Sahih Bukhari

~ dah jadi dah...

2) Zina bermaharajalela.

'Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan
persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.'- Sahih Muslim

~ dah nampak dah...

3) Bermaharajalela alat muzik.

'Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka'. Ada yang bertanya kepada Rasulullah;

'Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?'Baginda menjawab: 'Apabila telah bermaharajalela bunyian(muzik) & penyanyi² wanita'- Ibnu Majah

~ Mentor, Malaysian Idol, Akademi Fantasia, Anugerah Muzik...

4) Menghias masjid & membanggakannya.

'Di antara tanda2 telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid'- Riwayat Nasai..

~ memang dah nampak dah...

5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik.

'Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan & perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam
tetangga.'- Riwayat Ahmad dan Hakim.

~ ada anak tak mengaku ada mak/bapak pasal malu......dah ada dah kes saman mak bapak, hantar rumah orang-orang tua.

6) Ramai orang soleh meninggal dunia.

'Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang2 yang baik& ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran' - Riwayat Ahmad

~ boleh kira berapa jer para ulama' yg tinggal...

7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.

'Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka'bin Luka'(orang yang ***** & hina).
Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia'- Riwayat Thabrani

~ George Bush, Ariel
Sharon & kat Malaysiapun ada....

8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.

'Sesungguhnya di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.'- Riwayat Ahmad

~
jiran sesama Islam pon tak bertegur sapa...

9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. 'Di antara anda² telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian² wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang'.

~
fesyen zaman skarang..

10) Bulan sabit kelihatan besar.

'Di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.'- Riwayat Thabrani

~ tak caya gi tengok....

11) Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita.

'Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita2 yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa2 kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu' - Sahih Muslim

~ Siaran TV kerajaan dan swasta, akhbar2 harian & majalah² yg popular skarang nie......

12) Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar.

'Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak
kesaksian palsu & amp; disembunyikan kesaksian yang benar.'-Riwayat Ahmad

~ tengok kes peperangan Iraq, Palestin dll

13) Negara Arab menjadi padang rumput & sungai.

'Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput & sungai²'- Sahih Muslim

~ Dubai dah turun salji... Mina dah kene banjir...


TOLONG SAMPAIKAN KEPADA TEMAN² LAIN!

Dari Abdullah bin 'Amir r.a., Rasulullah s.a.w....bersabda:

'Sampaikanlah pesanku biarpun 1 ayat...'

PENGERTIAN IMAN

-
DARI SEGI BAHASA :
Yakin Dan Percaya

- DARI SEGI ISTILAH :
Membenarkan di hati, mengakui dengan lidah dan
BERAMAL DENGAN ANGGOTA

"Jangan setakat membaca tapi cuba la menghayati, jangan setakat tahu tapi cuba la mengamalkan apa yang dah tahu, jangan setakat fikirkan kebaikan untuk diri sendiri tapi fikirkan la jugak kebaikan untuk orang lain terutama orang-orang terdekat yang disayangi''.
Cubalah kita pakat2 muhasabah diri, hiasi peribadi agar kita tergolong dalam kalangan orang2 yang tidak lalai dan lupa diri....
siapalah kita jika ALLAH tidak wujudkan kita di atas muka bumi ini,
siapalah sangat kita hanya berasal dari tanah,
ke tanah jua tempat kembali...
sampai masa, saat dan ketika, kita akan pergi jua meninggalkan insan2 tersayang...
apa sangat lah kita...tiada benda yang dibawa hanya kain kapan penghias diri...pahala dan amalan akan dibawa...
siapa sangat lah kita....insan kerdil yang tidak punye apa2 masa lahir...
siapa sangat lah kita semuanya bermula dengan ajaran....
cuba sama2 kita fikir2kan sejenak....